28 Ogos 2010

Selamat Memandu Pulang Berhari Raya

Memandangkan Aidilfitri tidak lama lagi, RIS-FAMILI percaya ramai yang telah membuat persediaan mengenai kenderaan yang akan dinaiki untuk pulang ke kampung terutamanya anak-anak perantau yang mencari rezeki di perantauan. Berbagai jenis pengangkutan tersedia samada kenderaan sendiri, kenderaan awam ataupun menumpang kenderaan kawan. Tidak terkecuali RIS-FAMILI sendiri yang akan turut balik kampung di Aidilfitiri kali ini. Semoga perjalanan kita semua lancar dan selamat tiba di destinasi yang ditujui.
Bercakap berkenaan kenderaan, RIS-FAMILI ingin memaparkan beberapa jenis kenderaan yang ada di sini dan juga yang pernah RIS-FAMILI naik terutamanya Amin.

   
Gambar Atas - Kuasa tolakan oleh orang lain : Gambar Bawah - Kuasa tolakan oleh kaki sendiri.

 
Kenderaan Setempat tanpa enjin - Hanya terdapat di taman permainan

      
Kenderaan Indoor - Ada yang berbayar dan ada yang percuma


  
Kenderaan Haiwan - Sesuai untuk rekreasi tapi tak sesuai untuk bawa balik kampung.

   
Kenderaan Sebenar  tapi untuk jarak dekat je. Nak naik untuk balik kampung rasanya tak sesuai, letihnya.

    
Kenderaan sebenar dan sesuai untuk bawa balik kampung terutamanya untuk jarak jauh (kecuali replika kapal)
Dari Kiri Atas : Kereta, Kapal Laut, Kapal Terbang, Keretapi dan Bas.

Tak kira apa jua kenderaan yang anda naiki, pilihlah kenderaan yang selamat. Jika anda memandu tak kira kenderaan sendiri atau membawa kenderaan awan, memandulah dengan berhati-hati di jalan raya, jalan air atau jalan udara. Pesanan Khidmat Masyarakat Ini dibawakan oleh RIS-FAMILI dan RIS-IT.



RIS-IT

21 Ogos 2010

Huggies Playtime Is Back!

Hari ni Amin Soopa Doopa Happy!!!
Tadi, dalam pukul 3.30 petang, ada posmen Poslaju datang rumah.
Abah pergi buka pintu, rupanya gift daripada Huggies Playtime Is Back!!!

Abah terus buka parcel yang posmen bagi sambil tersenyum. 
Wahhh, hebatnya Amin rasa.
Huggies beri Amin pondok mainan elephant warna blue...
Amin suka sangat.
Abah kata, ini bukannya beli tapi 
dapat sempena redeem point beli diapers Huggies sejak Amin lahir!
100 point tau.

Amin nak try lah dok dalam tanpa terowong belalai tu....
Nampak tak Amin kat dalam ni???

Sambil tengok TV citer Sinchan pun pun Amin dok dalam pondok Huggies ni.
Thank you Huggies.
(Amin dah off diapers lama dah laa... Amin dah besar...)


20 Ogos 2010

Terbang Tinggi Di Awan Biru

Awal Ogos baru-baru lalu, Mak dan Abah bawa Amin naik kapal terbang untuk ke Kuala Lumpur. Ini adalah kali kedua Amin naik kapal terbang tapi yang pertama dulu Amin masih kecil iaitu semasa Amin baru 6 bulan. Jadi Amin tak begitu ingat sangat yang pertama tu. Tapi kali kedua ni memang Amin teruja sangat sebab dah besar.
Amin ke Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam. Seronoknya Amin naik kapal terbang, jalan-jalan kat Kuala Lumpur pun Amin suka.

Gambar Atas : Semasa menunggu ketibaan kapal terbang
Gambar Bawah : Amin dan mak dalam kapalterbang
Disebabkan flight adalah waktu malam, sampai je ke airport terus ambil teksi untuk ke hotel.
Sampai hotel terus je tidur, buktinya tengoklah gambar di atas.
Gambar Kiri : Dalam LRT semasa bersiar-siar.
Gambar Kanan : Melawat sepupu Amin yang terkini baru berusia seminggu (lahir 2 Ogos lalu)

Rasa macam nak naik kapal terbang je lagi. Mak... Abah... Bila nak bawa Amin jalan-jalan naik kapal terbang lagi?
RIS-IT