20 Ogo 2010

Terbang Tinggi Di Awan Biru

Awal Ogos baru-baru lalu, Mak dan Abah bawa Amin naik kapal terbang untuk ke Kuala Lumpur. Ini adalah kali kedua Amin naik kapal terbang tapi yang pertama dulu Amin masih kecil iaitu semasa Amin baru 6 bulan. Jadi Amin tak begitu ingat sangat yang pertama tu. Tapi kali kedua ni memang Amin teruja sangat sebab dah besar.
Amin ke Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam. Seronoknya Amin naik kapal terbang, jalan-jalan kat Kuala Lumpur pun Amin suka.

Gambar Atas : Semasa menunggu ketibaan kapal terbang
Gambar Bawah : Amin dan mak dalam kapalterbang
Disebabkan flight adalah waktu malam, sampai je ke airport terus ambil teksi untuk ke hotel.
Sampai hotel terus je tidur, buktinya tengoklah gambar di atas.
Gambar Kiri : Dalam LRT semasa bersiar-siar.
Gambar Kanan : Melawat sepupu Amin yang terkini baru berusia seminggu (lahir 2 Ogos lalu)

Rasa macam nak naik kapal terbang je lagi. Mak... Abah... Bila nak bawa Amin jalan-jalan naik kapal terbang lagi?
RIS-IT

Tiada ulasan: