9 Ogo 2010

Cuti-Cuti 1Malaysia - Seri 1Malaysia

Pada Julai yang lalu, RIS-FAMILI ke Bali Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan mak saudara kepada sepupu Amin (Adik perempuan kepada abang ipar mak Amin). Kira saudara jauh tak jauh gak le tu.
Oh ye, tok dengan opah Amin pun ikut juga. Tok ngan Opah datang ke rumah Amin dulu di Ganu dan kemudian berkonvoi ke Kuantan bersama-sama.
Sepanjang dua hari, Amin Famili menginap di Hotel Seri Malaysia (Sokonglah barangan buatan hotel rakyat Malaysia). Selain pergi kenduri tersebut, banyak aktiviti lain yang RIS-FAMILI lakukan. Antaranya jeng, jeng, jeng ;

Antara Aktiviti Hari Pertama
Berendam. Kolam Renang Hotel Jadi Sasaran Utama. Ramai juga yang mandi bersama-sama Amin.
Kiri : Amin yang sebenarnya nak mandi. Mak sekadar teman je.
Kanan : Posing sebelum mandi.

Bersantai dalam persekitaran hotel
Kiri : Berehat di dalam bilik
Kanan : Amin, Mak dan Opah di perkarangan hotel.

Makan malam di Terminal Satay Zul

Dengar kata Kedai ni femes jadi RIS-FAMILI tak melepaskan peluang nak mencuba. Disebabkan nama pun satay jadi tak banyak pilihan untuk makanan lain.

Melihat persiapan di rumah kenduri pada malam hari.

Hajat asal nak datang nak makan menolong tapi disebabkan kerja-kerja dah hampir selesai, agenda ditukar kepada datang melihat dan berdiskas je la. Amin seperti biasa, bila jumpa kawan dah tak ingat lain. Main, main, main sampai kepenatan dan akhirnya tertidur.

Antara Aktiviti Hari Kedua
Of Course - Tentunya kenduri
Memang meriah majlis kenduri ni, ramai tetamu yang hadir. Dengar kabarnya sebanyak dua ekor ayam lembu ditumbangkan. Pengantin sepadan bak pisang pinang dibelah dua.

Berehat di Hotel Selepas Kenduri
Selepas separuh hari dihabiskan di rumah kenduri RIS-FAMILI balik ke hotel untuk berehat.

Antara Aktiviti Hari Ketiga
Mandi Kolam Lagi
Kali ni, giliran abah Amin pula menemani Amin tapi tak de gambar Amin dan Abah dalam gambar ni sebab abah Amin malu jurugambar lupa ambil gambar. Oh ye, kali ni sepupu Amin pun join Amin mandi (yg pakai baju hitam). Selain tu Adi Putra (budak genius matematik - gambar kanan tak pakai baju) juga mandi bersama-sama Amin. Dia ada majlis di hotel masa Amin menginap di situ.

Pergi Kenduri di Rumah Pengantin Lelaki
Disebabkan tak sempat ambil gambar di kenduri rumah pengantin lelaki, dipaparkan kenderaan yang dinaiki oleh Adi Putra sebagai gantinya. Tak pa le kot.

Nota : Ada lagi aktiviti lain yang RIS-FAMILI tak masukkan disebabkan malas nak tulis tak ada idea dah nak tulis dan juga tiada gambar untuk dipaparkan.

RIS-IT

Tiada ulasan: