26 Februari 2010

Marilah datang lagi Tok Besah...

Masa cuti CNY, Tok Besah ikut Ris Famili balik Terengganu.
Memang dah lama Tok Besah tak datang Tganu nih.

Ris Famili tak lepas peluang bawa Tok Besah jalan- jalan.
Ni gambar masa naik train mengelilingi Muzium Terengganu.
Tiket Muzium rasanya dah naik harga lah, RM5 per entry, last year RM2 jer.

Of course lah kami tak akan lepaskan peluang bawak 
Tok Besah ke Pantai Batu Buruk.
Dari rumah kami pun bukannya jauh sangat.
Amin seronok tul main pasir time ni.
Pakai baju sedondon warna oren dengan Tok.

Ini plak perhentian train kat Muzium.
Nampak begitu unik dengan kerawang awan larat gitu.

Merasa juga Tok Besah jenjalan ke kenduri kat Kemaman.
Tok Besah pakai baju sutera Tganu tuh...

Tok Besah stay rumah kami 10 hari.
Rasa sekejap aje, dah balik. 
Datanglah lagi rumah kami mak.
Boleh bawa jalan- jalan ke tempat lain pula...




23 Februari 2010

Vistana KL

Lebih kurang 2 minggu lepas, Ris Famili berpeluang ke KL.
Di sana, kami menginap di Hotel Vistana.
Sempena CNY, ada promotion rate untuk kadar sewa bilik.
Mesti bloggers ingat makin mahal ye, tak sebenarnya rate promotion tu lebih murah daripada biasa.


Of coz, dah jejak ke KL,
Ris- Famili ambil peluang jalan- jalan sekitar KLCC juga.
Masa sampai dah tengahari, cuaca panas betul.
So cancel plan nak bawak Amin mandi kat public pool tu.

Aminlah yang paling seronok sebab dapat jalan- jalan naik train sekitar KL.
Yelah Amin, kat Tganu mana ada train.

Decoration untuk CNY tahun ni rasanya tak semeriah tahun- tahun lepas.
Betullah dah perbelanjaan berhemah, semua pun kena berjimat juga.
Ramai yang ke KLCC ni sekadar window shopping.
Tak ramai yang betul- betul shopping...

Dah puas berjalan- jalan sekitar city center, baliklah semula ke Vistana.
Penat betul Amin, tak lama lepas baring dah terlelap.
Penat ye sayang.
Hotel Vistana KL memang best, sebab servis semuanya cepat dan pantas.
Boleh datang lagi nih...



20 Februari 2010

Selamat Pengantin Baru

Hari ni Ris Famili jenjalan ke Kemaman. 
kenduri kawen pangkat mak sedara sebelah abah.

Ni gambar tok dan pakcik Razak.
Pakcik Razak bertindak sebagai photographer hari ni.


Ni masa nak siap- siap untuk berarak ke rumah pengantin lelaki.


Mak Amin pun join dalam pasukan berarak, line nombor dua.
Tok Besah Amin line nombor 3.

Mak Amin dan Amin sempat berposing depan rumah pengantin lelaki.
Rumahnya serba pink!

Gambar Opah Minah dan Tok Besah.
Memang rancak bersembang ni...


Berjaya tangkap gambar Pak Lang Azid.
Bukan senang nak jumpa ke-7 anak beranak opah minah.
4 lelaki, 3 perempuan.

Ris Famili rasa seronok attend kenduri ni,
kerana semuanya ramah, mesra dan baik.
Abah Amin pun suka sembang sebab Opah Minah ada ramai anak lelaki.
Bertambahlah sedara Ris Famili di Terengganu.
Taklah kami rasa sunyi.
Jemputlah datang ke rumah ya Pengantin Baru!

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI RIS-FAMILI & RIS-IT