26 Feb 2010

Marilah datang lagi Tok Besah...

Masa cuti CNY, Tok Besah ikut Ris Famili balik Terengganu.
Memang dah lama Tok Besah tak datang Tganu nih.

Ris Famili tak lepas peluang bawa Tok Besah jalan- jalan.
Ni gambar masa naik train mengelilingi Muzium Terengganu.
Tiket Muzium rasanya dah naik harga lah, RM5 per entry, last year RM2 jer.

Of course lah kami tak akan lepaskan peluang bawak 
Tok Besah ke Pantai Batu Buruk.
Dari rumah kami pun bukannya jauh sangat.
Amin seronok tul main pasir time ni.
Pakai baju sedondon warna oren dengan Tok.

Ini plak perhentian train kat Muzium.
Nampak begitu unik dengan kerawang awan larat gitu.

Merasa juga Tok Besah jenjalan ke kenduri kat Kemaman.
Tok Besah pakai baju sutera Tganu tuh...

Tok Besah stay rumah kami 10 hari.
Rasa sekejap aje, dah balik. 
Datanglah lagi rumah kami mak.
Boleh bawa jalan- jalan ke tempat lain pula...




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails