03 Jun 2009

Stadium Runtuh Doh!






Bumbung Stadium Gong Badak Runtuh Doh!
Begitulah ayat yang heboh kat my workplace since pagi semalam dalam jam 9.45 pagi. And the news spread macam apa ntah, lagi cepat daripada Virus Influenza H1N1 hari tu. Heboh seisi Terengganu dengan hot news ni.
Bagi penduduk KT yang memang stay area Gong Badak atau Seberang Takir, ramai gak yang menyaksikan sendiri keruntuhan stadium tersebut. Sehinggakan ada yang sambil tengok keruntuhan tu, sempat telefon orang lain dan suruh dengar bunyi yang macam meletup tu.
Disebabkan stadium ni lokasinya tersangatlah dekat dengan airport, maka ramailah yang menyangka bunyi kuat tu sebab kapal terbang terhempas ke, sayap kapalterbang patah la, macam- macam la yang melibatkan penghuni atau penyewa airport. Tapi, rupa- rupanya jiran airport yang sakit...
Sebenarnya stadium ni baru dirasmikan pada 10 Mei 2008 sempena SUKMA, dan kos pembinaannya hampir 300 Juta Ringgit. Kos bumbungnya saja dengarnya puluhan ribu juga. Atapnya juga didatangkan khas daripada Korea yang ada ciri- ciri boleh menyesuaikan dengan cuaca dan keadaan KT yang dekat dengan pantai ni. Kiranya bukan koman- koman punya atap la...
Kalau time petang, stadium ni memang dipenuhi dengan orang ramai yang datang bersukan, area keliling stadium ni pun ramai yang berniaga.. mestilah orang ramai...
Nasib baiklah keruntuhan tu terjadi awal pagi, dan tiada siapa yang terkorban. Kebetulan lak, kejadian ni berlaku sehari sebelum Sukan Staf Universiti Malaysia.Tak tahulah kalau jadi hari tu.
Setiap apa yang berlaku ada hikmahNya...

Apa komen anda?

01 Jun 2009

3 Sepupu SELAMA- Selamanya

Eh, apasal lak SELAMA kat title tu huruf besar... Last week balik Selama, jadi nilah sepupu Amin kat Selama yang kebetulan ada di kampung sebab maknya dapat baby baru... MIL saya dapat cucu yang ke--17 ! Daripada 17 orang cucu ni, seramai 3 anak dara dan selebihnya anak teruna belaka... Kalau balik semuanya memang meriah dan gamat seisi rumah... memang happening habis!
Cadangnya nak amik gambar baby latest edition, tetiba lak kamera ketandusan bateri... Jadi sorilah tak dapat nak update ya. Yang berdiri sebelah Amin tu namanya Aya, kakaknya Ayu...
Aya ni sebaya je dengan Amin, tetapi disebabkan dia ni pompuan jadi dia selalu diet , nak jaga badanlah katakan, so maintain comel lote je... taklah seperti Amin yang tinggi dan mantap ni, hahaha...

(Perasan tak semuanya tak senyum... sebab kena marah dengan photographer sebab asyik tak stand still bebudak ni, mana nak jadik gambo)

Jumpa Member Lama

Rindu betul pada member yang sorang ni.... Dia ni pengantin baru, seorang nutritionist... Tapi malangnya, tarikh kenduri kahwinnya jatuh pada hari yang sama lori angkat barang ke KT dulu. Disebabkan time tu husband dah ada di KT, tak ada sesiapalah yang nak tolong drivekan ke Kodiang.... Tapi, rasa seronok sangat sebab dah jumpa last week... Saya doakan Sharifah menjalani masa mengandung yang ceria dan safe delivery ya. Member ni dah pregnant dah... tapi masih maintain slim dan cun lagi... Terasala diriku ini masuk dalam kategori obese berada di samping besfren ku yang ramping ini... Yang Amin ni plak memang tak segan silu dengan memberku ini...

Apapun Selamat Menjamu Selera Keropok Lekor Terengganu ya Sharifah...
Friendship Remains!!!