9 Okt 2018

Petronas Street Smart @ Mydin Meru Raya


Pada 7 Oktober 2018 lalu, RIS-FAMILI mengambil kesempatan untuk mengunjungi Petronas Street Smart yang diadakan di Mydin Meru Raya.



Ini adalah kali kedua RIS-FAMILI mengunjungi pameran Petronas Street Smart. Yg pertama adalah semasa tinggal di Kuala Terengganu. Masa tu Street Smart diadakan di Perpustakaan Negeri Terengganu. Kali ni pula diadakan di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh.



Terbuka kepada semua dan tiada bayaran dikenakan. Ingatkan hanya untuk kanak-kanak sbb gegantung promosi gambar kanak-kanak. Aktiviti yang ada semuanya gamas bertemakan keselamatan jalanraya. Amin, Ira dan Una begitu cekap menunggang motosikal dan memandu kereta walaupun tak pernah memandu.



Memandangkan RIS-FAMILI pergi waktu pagi, tak la ramai pengunjung. Jadi dapat cuba semua aktiviti berulang kali. Abah pun tak melepaskan peluang tumpang sekaki.
Pertunjukan bertemakan keselamatan jalan raya juga diadakan dan RIS-FAMILI pun sempat join persembahan tersebut. Sesiapa yg dapat jawab soalan akan dapat hadiah dinasour. Selain tu semua yg masuk akan dapat lencana street smart dan belon (untuk kanak-kanak).
Berbaloi lah. Mungkin RIS-FAMILI pergi lagi sebab pameran ni lambat lagi nak habis. Rasanya Februari 2019 baru tamat.

Mai sama-sama ke Petronas Stree Smart.

#Inilah dinosaur yg dapat. Jadilah sbb tak keluarkan duit pun. Barang dapat, ilmu pun dapat.


***********ADVERTISEMENT***********

1 ulasan:

nikkisa889 berkata...

It's best to participate in a contest for among the best blogs on the web. I'll advocate this web site! online casino gambling