17 Sep 2012

Penawar Batuk | Petua Orang Tua


      Jika anda batuk, pergilah klinik dan dapatkan ubat. Tapi kebanyakan ubat batuk ni ada kesan sampingan iaitu mengantuk dan tak sesuai diambil oleh orang yang memandu atau mengendalikan jentera.
      Oleh itu RIS-FAMILI ingin berkongsi petua orang tua bagi merawat batuk. Dan petua ini adalah petua yang selalu diamalkan oleh RIS-FAMILI jika batuk. Setakat ini Alhamdulillah, berhasil.
      Jika berminat, boleh ikuti cara-cara seperti diberikan di bawah. Kenalah sediakan bahannya dahulu iaitu air asam jawa dan garam@gula.  Manakala cawan dan sudu boleh je ambil di dapur, tak perlu perlu beli baru.
      Mula-mula sekali, isikan air ke dalam cawan dan seterusnya masukkan asam jawa. (Tak kisah samada asam jawa biasa atau asam jawa adabi). Kemudian kacau sehingga sebati. Lagi pekat bancuhan air asam jawa ni lagi bagus. Bila semua isi asam jawa dah larut, cedukkan biji yang tinggal dan buangkan biji tersebut. Elakkan guna penapis (Kalau guna asam jawa adabi, tak yah ceduk sbb tak de biji dah). Lepas tu tambahkan garam atau gula, mana-mana pun boleh mengikut citarasa anda. Dah siap.
      Cara guna mudah aje, minum je air yang telah dibancuh tadi, lebih baik ditelah perlahan-lahan supaya air tersebut terasa di tekak. Elakkan minum air masak atau apa-apa air selepas minum air asam jawa bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

SELAMAT MENCUBA.

Petua utk sakit tekak - Klik sini

2 ulasan:

Denaihati berkata...

air asam jawa yg dah tambah gula, memang ok, nak sedap beli yg dah siap bancuh, dlm botol. mungkin tak sehebat buat sendiri macam ni.

ris-famili.blogspot.com berkata...

@Denaihati
Saya suka yg buat sendiri sbb boleh kepekatan asam yang diingini. Begitu juga dengan rasanya.
Juga tiada perasa dan pewarna juga pengawet.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails