Lebih kurang 2 minggu lepas, Ris Famili berpeluang ke KL.
Di sana, kami menginap di Hotel Vistana.
Sempena CNY, ada promotion rate untuk kadar sewa bilik.
Mesti bloggers ingat makin mahal ye, tak sebenarnya rate promotion tu lebih murah daripada biasa.
Of coz, dah jejak ke KL,
Ris- Famili ambil peluang jalan- jalan sekitar KLCC juga.
Masa sampai dah tengahari, cuaca panas betul.
So cancel plan nak bawak Amin mandi kat public pool tu.
Aminlah yang paling seronok sebab dapat jalan- jalan naik train sekitar KL.
Yelah Amin, kat Tganu mana ada train.
Decoration untuk CNY tahun ni rasanya tak semeriah tahun- tahun lepas.
Betullah dah perbelanjaan berhemah, semua pun kena berjimat juga.
Ramai yang ke KLCC ni sekadar window shopping.
Tak ramai yang betul- betul shopping...
Dah puas berjalan- jalan sekitar city center, baliklah semula ke Vistana.
Penat betul Amin, tak lama lepas baring dah terlelap.
Penat ye sayang.
Hotel Vistana KL memang best, sebab servis semuanya cepat dan pantas.
Boleh datang lagi nih...
1 ulasan:
di teganu pong ada keretapi, dok gedung gedang dalang site petronas.
orang sini panggil kereta lipang.
Catat Ulasan