25 September 2017

Seminar dan Motivasi UPKK

Pada 9-10 Oktober 2017 lalu, Amin telah menghadiri Seminar dan Motivasi bagi menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Kelas KAFA. Seminar ini adalah anjuran Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat daerah Ipoh.
Seminar yang berlangsung selama 2 hari tersebut memerlukan peserta bermalam memandangkan jadualnya padat sehingga pukul 11.00 malam. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar KAFA tahun 5.
Lokasi seminar adalah di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Pada pemerhatian RIS-FAMILI, memang penyertaan menggalakan.
Amin pun nampak enjoy je join aktiviti ni. Semoga seminar ini membuatkan Amin lebih bersedia dan bersemangat untuk menduduki peperiksaan UPKK nanti.

08 Ogos 2017

Muzium Kesenian Islam

Mengambil peluang abah ada urusan di Kuala Lumpur pada 9 Jun 2017 lalu, jadi abah membawa semua melancong (ewahh) ke sana. Antara aktivitinya adalah ronda-ronda ke Muzium Kesenian Islam pada 10 Jun 2017.
Bayaran masuk adalah RM14 bagi dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak dan percuma 6 tahun ke bawah. Buka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang. Memang berbaloilah masuk bawa keluarga.
Lokasi yang tidak jauh dari Masjid Negara memudahkan pencarian. Lepas selesai melawat terus pergi Masjid Negara untuk solat.
Mula-mula masuk disajikan dengan replika masjid-masjid dan monumen terkenal islam. Anak-anak memang asyik melihat replika-replika yang ada.
Semakin jauh menjelajah, semakin banyak artifak ditemui. Dan perjelajahan semakin menarik. Banyak betul artifak-artifak menarik yang dipamerkan.
Semasa lawatan kali ini, RIS-FAMILI berpeluang melawat pameran khas mengenai 'Islamic Bookbinding' yang diadakan hingga hujung tahun ini.
Memang berbaloilah. Jom melawat.


***********ADVERTISEMENT***********