20 Mei 2014

Selamat Hari Guru | Taska Rossa

      Humaira juga tak mahu melepaskan peluang untuk menyambut hari guru. Sambutan hari guru untuk Taska Humaira adalah pada 21 Mei 2014 iaitu 4 hari selepas hari guru sekolah Amin. Walaupun taska, pengasuh humaira boleh juga dipanggil guru kerana mereka juga mengajar baby dan kanak-kanak yang berada di Taska Rossa.
      Hadiah yang Humaira bagi kepada pengasuh adalah sama sepertmana yang Amin bagi kepada Cikgu sekolah. Bagi mak dan abah, tiada perbezaan antara cikgu di sekolah dan pengasuh di taska. Kedua-duanya bertugas untuk mengajar, hanya caranya sahaja berbeza kerana pelajar berbeza umur.
      Inilah hadiah yang Humaira bagi kepada pengasuh, kalau lihat entri sebelum ini iaitu entri hari guru utk Amin (klik sini) didapati hadiah adalah sama. Hanya label sahaja berbeza pada nama.
SELAMAT HARI GURU

18 Mei 2014

Selamat Hari Guru | SKSS1

      Pada 18 Mei 2014 sekolah Amin mengadakan sambutan Hari Guru. Bagi menggembirakan Amin, mak dan abah telah menyediakan hadiah untuk Amin berikan kepada guru yang mengajar Amin pada tahun ini. Hadiah ni sebagai motivasi Amin supaya rajin belajar dan seronok untuk ke sekolah.

      Ni la hadiah yang akan berikan kepada cikgunya. Walaupun tak mahal (tak sampai RM100* utk setiap cikgu), namun yang penting Amin ikhlas nak bagi kepada cikgu yang mengajarnya. Sambil Amin bagi hadiah, dapatlah Amin ucap selamat hari guru secara personal dengan cikgunya.

      Dikesempatan ini juga RIS-FAMILI ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua-semua guru yang membaca blog ini.

*Saja je letak nilai ni supaya nampak macam mahal.

Klik sini untuk entry Hari Guru Taska Rossa

24 April 2014

Ye.. Ye.. Tok Besah Datang

Hujung Mac 2014 lalu, Tok Besah berkunjung lagi ke Kuala Terengganu setelah hampir setahun tak datang. Maklumlah Perak dengan Terengganu bukannya dekat. Kedatangan Tok Besah memang ditunggu-tunggu terutamanya oleh Amin dan Humaira. Maklumlah kedua-duanya cucu kesayangan.
Tok Besah sampai malam jadi agenda pertama dah tentunya makan malam. Tiada apa-apa aktiviti luar pada malam ni sebab nak bagi Tok Besah berehat dulu selepas menempuhi perjalanan jauh selama 8 jam.
Humaira begitu berselera makan bersama Tok Besah

Hari kedua bermula aktiviti luar iaitu bersantai di Pantai Batu Buruk. Walaupun dah banyak kali Tok Besah ke pantai ni namun Amin dan Humaira tetap nak bawak Tok Besah ke Pantai. Apa taknya, diorang yang mengambil kesempatan bermain pasir sepuas-puasnya.
Tengoklah siapa yang teruja di pantai.

Seterusnya bersiar-siar di sekitar Bandaraya Warisan Pesisir Air ini antaranya berkunjung di Perkampungan Keropok Lekor di Losong. Dan tak sah kalau tak membeli atau makan kepok lekor ni kalau dah lalu kat perkampungan ini. Jadi Amin dan Humaira mengajak Tok Besah makan kepok kat salah satu warong kepok di perkampungan ini.
Yummy... Kepok Lekor Goreng dan Rebus

Hari-hari berikutnya masih penuh dengan aktiviti dan antaranya pergi ke Kenduri Kahwin kawan kepada rakan sepejabat Mak. Juga tak ketinggalan berkunjung ke Gedung Desa Murni Batik yang terletak berhampiran rumah. Tapi tak ada ambil gambar untuk diletakkan dalam post ini.
Mandi sampai letih. Tok Besah bersantai di tepi kolam.

Jom Balik...

Amin dan Humaira juga mengajak Tok Besah pergi mandi kolam di Pusat Akuatik Batu Buruk. Tapi Tok Besah tak mandi, Amin dan Humaira je mandi. Tok Besah duk kat tepi kolam je menemani sambil memerhati.
Tok Besah dan Adam di Pasir Puteh, Kelantan
Hampir seminggu juga la Tok Besah kat Terengganu. Seronok jugalah Amin dan Humaira bermanja dengan Tok Besah. Disebabkan ada kenduri di Taiping pada hujung bulan Mac iaitu kenduri di rumah Tok Saudara Amin & Humaira jadi Tok Besah kena balik jugalah. Jadi abah hantar Tok Besah ke Pasir Puteh, Kelantan sebab ada bapa Saudara Amin & Humaira di sana. Mereka pun nak balik ke Taiping juga.

Datang lah lagi ye Tok Besah.