19 November 2012

JANJI KHATAM AL-QURAN

Assalamualaikum. Pada 2 Muharram 1434 H (Jumaat) yang lepas, Amin terlibat dengan majlis khatam Quran tadika Rossa. Alhamdulillah dah khatam Quran anak mak ni. Majlis ni diadakan di Masjid Ladang, KT. 
Mak Amin kena sediakan pulut semangat (mak Amin pun baru 1st time dengar tentang pulut semangat ni). 
Majlis bermula jam 8.00 pagi, bila diperhatikan ada juga beberapa budak yang tak hadir. Kenapa ya.
Dalam kul 10.00 pagi tu, sesi khatam Quran pun selesai. Murid-murid Tadika Rossa pun bergambar dengan ustaz yang facilitate majlis ini.
Kemudian, tanpa disangka selepas sesi penyampaian sijil khatam, nama Amin dipanggil sekali lagi.
Katanya, untuk terima piala Anugerah Khas.
Inilah dia pialanya. Sungguh tak sangka Amin dinobatkan sebagai QARI TERBAIK 2012 TADIKA ROSSA. Mak rasa seronok sangat, speechless pun ada sebab tak sangka... Syukur alhamdulillah.
Amin pun menagih janji ----> Jika Amin khatam Quran, mak dan abah akan bawa tidur di hotel.
So, lepas tu tanpa pikir panjang terus gerak ke Bukit Gambang Waterpark untuk belanja Amin.
Sampai kat sana dah agak lewat petang, so Ris- Famili amik masa untuk naik tram lihat- lihat kawasan.
Sebelah malamnya, Abah bawa Amin bawa ke fun fair dalam Bukit Gambang Resort City tu juga.
Macam- macam mainan yang Amin cuba, sampai puas hati.
Esoknya hari Sabtu, lepas je breakfast terus terjun dalam kolam renang di hotel. Waterpark hanya dibuka jam 10.00 pagi.
Lepas check out terus serang Waterpark!!! Sampai petang jugaklah... berhenti pun sebab hujan, kalau tidak sampai waterpark tutuplah nampaknya.
Sampai KT dah kul 9.00 malam, letihnya memang tersangat.... Tapi demi memenuhi janji khatam Quran Amin, mak dan abah turutkan lah.
Harap ini bukan kali pertama dan terakhir Amin khatam Quran ya sayang!

14 November 2012

Doa Awal Tahun


Salam Maal Hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun yang berlalu. Berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik.

12 November 2012

Rumahku Bukan Rumahku (Versi Ipoh)

Jika sebelum ini Rumahku Bukan Rumahku (Versi Klang) kali ni Rumahku Bukan Rumahku (Versi Ipoh) pula tapi tak la sedetail entri versi Klang sebab tak sempat ambil gambar bahagian dalam rumah. Hanya ada gambar dari luar rumah je.
Ni lah rumahnya tapi yang ni RIS-FAMILI sempat tinggal selama 3 tahun sebelum kena berpindah ke Kuala Terengganu. Kereta tu adalah kereta jiran sebelah yang tumpang letak semasa menunggu penyewa masuk. Gambar ni diambil semasa RIS-FAMILI balik Ipoh semasa Aidiladha lalu.
Penyewa yang mula menyewa 1 November 2012 ni adalah penyewa kedua. Penyewa pertama keluar kerana rumah yang mereka beli sudah siap dibina. Rumah yang penyewa pertama beli pun tak jauh dari rumah ini.
Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk mendapatkan penyewa semasa cuti Aidilada tersebut kerana kesukaran RIS-FAMILI untuk berulang alik dari Ipoh ke Kuala Terengganu jika belum dapat penyewa.
Sememangnya lokasi rumah ini yang dekat dengan pejabat kerajaan menarik minat penyewa tersebut untuk menyewa kerana jaraknya dalam lingkungan 2 KM je ke pejabat beliau.
Semoga penyewa ini dapat menjaga rumah ini dengan baik dan membayar sewa on time. Insya Allah.
(Info : Versi Klang juga dah disewa oleh penyewa kedua. Dan penyewa pertama pun keluar sebab dah beli rumah berhampiran)