28 Mac 2011

Episod 4: 21 dan 41

 
Salam semua. Masih lagi dalam episod pantang- pantang, kali ni Ris Famili nak berkongsi memori gambar- gambar Amin sewaktu baby dan baby Humaira Soleha. Gambar atas tu Maksu tengah dukung Amin masa hari yang je 21 berpantang. Yang berbaju oren tu adalah kakak Mak Amin, sekarang ni merangkap anak sulung.
 Ini pula gambar Maksu mendukung baby Soleha pada hari yang sama ---> Hari ke 21 pantang. Bezanya, time ni Soleha belum dicukur rambutnya, tapi Amin dah. Sebab tu kepala ditutup dengan topi.

 Inilah dia baby Humaira Soleha selepas dah cukur rambut. Cantik tak baby Soleha? Gambar ni diambil pada hari ke 41. Hari di mana mak dah habis pantang. Pakai baju kurung elok-elok ni nak ke mana mak oi?




Gambar ni plak antara gambar favourite Ris Famili. Ini pula gambar mak dan Amin semasa Amin berumur 41 hari. Perasan tak, pada hari ke-41 tu mak siap elok-elok aje. Bukan apa, dah habis pantang, apa lagi----> 
Jom Jalan- Jalan, Cari Makan. 
Enjoice!

22 Mac 2011

Episode 3: Pantang Time!

Pantang time biasanya boleh jadi saat yang sangat melecehkan bagi kaum ibu. Tapi, bagi mak Amin memang suka sebab time nilah boleh rehat puas- puas sebelum start keje.

Ermmm, kali ni Pantang Time di KT, tak balik Ipoh ataupun Selama. Dan kali ni tukang urut pun daripada Wakaf Tengah yang akan datang sendiri (set appointment sahaja). Tukang urut yang Ris-Famili maksudkan ialah Mak Teh. Dan Mak Teh siap bawakan daum serum (betul ke ejaan ni, orang Terengganu sila betulkan if salah) untuk mandi selepas urut.
Antara hadiah daripada ofismate BPF, terima kasih

Berurut, bertungku, mandi daun serum semuanya 3 kali untuk 3 hari berturut- turut. Dan pakej tak mahal, hanya RM60 bagi setiap sesi, so hanya RM180 bagi 3 hari. Pastu tambahla RM10- 20 untuk duit minyak. Chewaah, macam promote laks. Serius, jika sesiapa berminat, contactla Ris- Famili, bolehla bagi contact no Mak Teh.
Lagi hadiah yang diterima 
(Memang banyak hadiah yang diterima, terima kasih semua)

Sepanjang berpantang sehingga hari ke 20, Tok Besah atau Opah yang mandikan Humaira Soleha. Mak Amin tukang tengok aje sambil bertungku. Abah Amin dan Tok Besah atau Opah yang bakarkan tungku untuk Mak. Kiranya semuanya Opah atau Tok Besah yang settlekan sehingga hari ke 21 berpantang. Bila Opah dah balik dan Tok Besah balik Selama, barulah mak Amin buat semuanya sendiri...
Haaa.... baru rasa buat sendiri. Apapun, esok last day untuk Pantang Time!
YES!!! Merdeka! (Sangat teringin nak makan macam- macam, tapi kene control)

14 Mac 2011

Al Fatihah Buat Sahabat

Al Fatihah
Hari ini Abah Amin dikejutkan dengan berita pemergian ke Rahmatullah seorang rakan sepejabat dan sahabat blog. Seorang rakan yang baik dan rakan sekerja yang berdedikasi. Beliau yang dimaksudkan adalah En Mohd Nasir bin Ismail dan juga dikenali sebagai Abah Izz bagi pengikut /pembaca blog beliau. (Klik gambar utk ke blog beliau)
Semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman yang beriman.