04 Disember 2019

Little Caliph Year End Concert 2019

Program : Little Caliph Year End Concert
Tarikh : 13 Oktober 2019 (Sabtu)
Lokasi : Dewan RTC, Gopeng.






 

Pada konsert kali ini, Una dan kawan-kawan sekelasnya menyanyikan lagi "Orang Solat Hebat" iaitu lagu yang dipopularkan melalui rancangan Omar dan Hana. Dan paling bestnya, Una ditugaskan untuk memukul gendang semasa persembahan mereka. Tak sangka berbakat betul Una memukul gendang kerana selari dengan irama lagu yang dinyanyikan.

Kehadiran ke konsert kali ini tak dapat disertai oleh Abg Amin kerana minggu tersebut bukan minggu balik dan terikat dengan aktiviti di asrama.

Terbaiklah Una.

Baca Juga, Grand Ihtifal Little Caliph 2017 oleh Kakak Ira.
 Klik Sini Untuk Baca
Klik Gambar Untuk Baca

01 Disember 2019

Walk For World Peace

Tarikh : 09 November 2019
Lokasi Mula / Tamat : Sekolah Kebangsaan Belanja, Parit.
Aktviti : Berjalan Beramai-Ramai di Sekitar Pekan Parit.








Abah Tumpang Bergambar Je. Tak Join Ber Walk Pun

21 November 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan SRAR Al-Muttaqin 2019

Aktiviti : Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Lokasi : Sekolah Rendah Agama Rakyat Madrasah Al-Muttqin, Meru, Ipoh.
Tarikh : 16 November 2019

      Pada majlis kali ini, kakak menerima anugerah bagi tulisan Jawi Terbaik. Walaupun tak menerima hadiah 3 pelajar terbaik, mak dan abah tetap berbangga kerana keputusan kali ini menunjukkan peningkatan berbanding penilaian pada tahun lepas dan awal tahun.
      Selain itu kakak Ira juga terlibat untuk mengadakan pesembahan nasyid. Sebanyak dua lagu nasyid yang dipersembahkan oleh kakak dan kawan-kawan dari tahap 1. Terbaiklah kakak.