06 Ogos 2011

ETS | Perkhidmatan Keretapi Laju

(Promo dulu, free je. ETS tak bayar pun. Hehehe) ETS - Perkhidmatan Keretapi Laju di Malaysia antara Kuala Lumpur - Ipoh dan Kuala Lumpur - Seremban. Persinggahan di Stesen dihadkan kepada beberapa stesen dan masa singgah juga dihadkan. Jadi tak perlu tunggu lama kalau nak ke Kuala Lumpur atau sebaliknya.
Sebagai contoh, jika dulu nak ke Kuala Lumpur dari Ipoh mengambil masa lebih 3 jam 40 minit (Sinaran Utara) tapi sekarang 2 jam (ETS Platinum). Penjimatan dalam masa perjalanan tapi dari segi tiket kena up le sikit (sikit ke?). Tapi kekurangan pula kalau dibandingkan dengan menaiki kereta sendiri, perjalanan dengan ETS hanya dari stesen ke stesen je. Kalau nak gerak ke tempat lain kenala naik pengangkutan awam lain pula. Apapun pilihan memang ditangan anda.

Baru-baru ni, RIS-FAMILI (sebenarnya saya sorang je, hehehe) berkesempatan menaiki ETS ni dari Ipoh ke Kuala Lumpur pergi balik. Memandangkan ada hal di Kuala Lumpur semasa balik Ipoh, jadi nak juga merasa naik ETS ni, maklumla kat Terengganu mana ada keretapi penumpang. Bagi RIS-FAMILI, memang berbaloi naik sebab cepat dan keadaan dalam keretapi agak memuaskan (mungkin masih baru dan harap-harap dapat dikekalkan keadaan seperti ini).

Dengan ini RIS-FAMILI nak kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil.
Harga Tiket RM30 sehala bagi ETS Platinum. Sekali sekala boleh la.

Keadaan Train dari Luar. Masa naik tak la bersesak-sesak sbb naik train terawal (5.00 pagi)

Keadaan dalam Train. Bersih dan Selesa.

Ada skrin untuk menayangkan kelajuan keretapi dan petunjuk kelajuan hanya akan terpapar bila kelajuan melebihi 95 kmsj. Masa naik hanya dipasang cerita kartun 'Mickey Mouse' je.

Kepada yang nak guna noebook/netbook/telefon canggih, bolehlah guna sambil cas sebab disediakan soket untuk anda cas peralatan eletrik di tepi tempat duduk.

Kalau nak tahu serba sedikit tentang ETS, semak kat website ETS di sini. (Klik lah sini)



***********ADVERTISEMENT***********


01 Ogos 2011

Selamat Berpuasa | Salam Ramadan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah memperkenankan hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan 1432 sebagai hari pertama berpuasa.
Dengan itu RIS-FAMILI mengambil peluang mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini.

11 Julai 2011

Tok Besah Gi Umrah

Bulan Jun lalu, Tok Amin sebelah abah pergi umrah. Tok pergi bersama-sama dengan jiran sekampung. Ingatkan tak ramai yang mengikuti pakej umrah ni. Rupa-rupanya kat Lapangan Terbang Kuala Lumpur ramai dah yang berkumpul. Maklumlah rombongan bersama Tok hanya ada tujuh orang sahaja. Bila dicongak-congak rasanya lebih dari 70 orang. Semuanya datang dari serata Malaysia. Terasa kemeriahan dan keseronokan apabila ramai yang turut serta.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang diambil oleh abah Amin sebelum Tok berangkat mengerjakan umrah.
Baru Sampai Di KLIA, Menunggu Lain-Lain Jemaah Umrah
Antara Ahli Rombongan Umrah bersama Tok
Sepupu Amin Pun Datang Untuk Hantar Tok (Tok Amin Pakai Tudung Putih)
Tok Semasa Nak Daftar Masuk (Abah Ambil Gambar Dari Jauh Sebab Dah Tak Boleh Masuk)
Di Kaunter Daftar Masuk
Kapalterbang Yang Tok Naik. Kalau tak silap, Bahrain Airlines.

Pada masa entri ini di publish, Alhamdulillah Tok Besah dah selamat mengerjakan umrah dan telah kembali ke tanahair.