07 Julai 2011

Aktiviti Hujung Minggu | Karnival Motor @ Kuala Terengganu

Hujung minggu baru-baru ni ada Karnival Motor di Terengganu Trade Centre, jadi Amin dengan Abah ambil kesempatan untuk meninjau motor-motor yang dipamerkan dan juga yang dijual. Namun yang menarik perhatian Amin hanyalah koleksi motosikal lama yang disolek semula menjadikan menarik untuk diambil gambar. Lihatlah koleksi motosikal tersebut bersama-sama model yang dijemput khas.
Selain motosikal ini terdapat juga pameran dan jualan kereta, lori, tayar, aksesori dan lain-lain barangan berkaitan motor. Tapi tak banyak pempamer/penjual kerana masih ada ruangan kosong dalam dewan pameran. Namun jadi la tu daripada tak de langsung.

03 Julai 2011

Jom Ronda - Galeri Petronas

Entri sebelum ini ada dimasukkan entri berkenaan Petrosains ini atau juga lebih glamer dipanggil Galeri Petronas (klik sini utk baca entri tersebut) dan kali ini masih nak cerita tentang galeri tersebut. Buat kali keduanya Amin dan Abah pergi ke sana kerana pada kali pertama tak puas nak menerokai kesemua aktiviti yang ada. Kali kedua ni dah buat persediaan supaya tak jadi seperti yang pertama dahulu.
Memandangkan kali ini pergi pada masa cuti persekolahan, ramailah famili yang datang bersama dengan anak-anak. Jadi nak masuk galeri ni pun kena tunggu giliran sebab dah terlalu ramai. Penjual tiket memberitahu hanya boleh masuk sejam setengah lagi sebab ramai sedang berbaris. Memandangkan abah dah berjanji nak bawa Amin ke galeri ini, jadi kena setuju jugalah.
Sejam masa menunggu ni, abah bawa Amin pergi ronda Suria KLCC ni dulu. Pergi makan, solat, rehat, tandas dan window shopping. Tepat je seperti masa yang dijanjikan, berDESUPPPPP... abah dengan Amin terpacak di depan Galeri Petronas. Bermulalah pengembaraan Amin dan abah di alam petronas. Saksikan gambar-gambarnya.
Antara Aktiviti Sementara Tunggu Giliran Masuk.
Aktiviti Yang Diminati - Lego Saiz Besar.
Menerokai Terowong Masa - Kembali ke Zaman Dahulu.
Jangan Takut - Dinasour ni tak makan orang, malah boleh menari dan menyanyi.
Cermin Pantulan - Macam Kaleidescope yang besar. Kat Sekolah dulu kecik je.
Mengimbau Kenangan Lalu - Basikal Tua
Jom Lumba. Terdapat Model Kereta Formula 1 Saiz Sebenar dan juga Simulasi / Games Formula 1
Suasana di Pelantar Minyak. Bukan Sekadar Alatan Gerudi Minyak je Malah Lengkap dengan Kabin Tidur dan Dapur Sekali

Dan hasilnya - Amin puas beraktiviti dan abah puas mengambil gambar Amin.

(Banyak gambar tak dimasukkan sebab hampir sama je dengan gambar pada entri sebelum ini)

05 Jun 2011

Riadah

{EAV_BLOG_VER:527fa3cd2d77cee7}
Salam semua, cuti sekolah ni buat apa? Banyakkah dapat jemputan kenduri kawen? 
Ris-Famili keluar beriadah, nak bakar kalori lauk kenduri yang banyak lemak tu...
Amin lah yang paling aktif sekali...
Nak cuba yang ini pula...
Budak-budak suka alat senaman yang ni... 
Berpusing- pusing
Ni dah nampak Amin slow sikit,
dah ada aura letihlah tu..
Kan dah mula landing...
Macam nak surrender je.
Mak ajak balik, nampak langit mendung semacam je...
Atau mak yang dah letih?
Amin tak letih lagilah...
First time Humaira Soleha datang sini... 
Nanti abah bawak lagi ye riadah di sini.