06 Mei 2011

Banjir Oh Banjir

Banjir.... Mungkin kita biasa mendengarnya tapi tak biasa mengalaminya. Sejak dua tahun menginap di Terengganu ni tak pernah rumah yang RIS-FAMILI diami ni dilanda banjir. Walaupun seminggu sebelum masuk ke rumah in (dua tahun dulu), jiran ada memberitahu kawasan rumah ini pernah banjir dan yang paling tinggi adalah setakat buku lali.
Keadaan banjir di kawasan halaman rumah
Namun langit tak sentiasa cerah, mendung berkunjung dan hujan tiba jua. Kali ini hujan turun semahu-mahunya di pagi hari ketika para pekerja sibuk untuk ke tempat kerja termasuklah abah Amin (mak Amin masih cuti bersalin masa ni).
Memandangkan air belum naik (tapi hujan amat lebat) hanya longkang sahaja dilimpahi air, jadi abah Amin ambil keputusan pergi pejabat dulu untuk 'thumb print' kehadiran dan maklumkan pada boss utk nak balik semula bagi mengangkat apa-apa yang patut (pejabat ngan rumah dekat jer). Namun air lagi pantas. Sampai je di rumah air dah melimpah dan memasuki bilik di bahagian depan. Alhamdulillah, aras lantai lain dalam rumah ni tinggi kira-kira dua inci dari aras bilik depan. Jadi air hanya masuk bilik depan je, hasilnya karpet dan pengesat kaki dalam bilik depan terapung-apung dalam banjir tu, bahagian lain dalam rumah terselamat kali ini.
Kawasan taman yang RIS-FAMILI duduk ni bukan kawasan yang sama arasnya, jadi mana-mana rumah yang di kawasan rendah, agak teruklah jugak kesan banjir ni.
Tapi banjir ni boleh dikategorikan sebagai banjir kilat sebab tak sampai setengah jam selepas hujan berhenti, banjir sudah surut. Menurut jiran yang telah lama tinggal di sini, banjir kali ni boleh dikatakan yang yang terburuk pernah berlaku. Entahla... tak pastila sebab RIS-FAMILI baru dua tahun menginap di sini.
Harap-harap tak berlaku lagi banjir lagi di masa akan datang. Cukuplah pengalaman ini dirasai hanya sekali.
Alhamdulillah, sempat menyelamatkan barangan dari dihanyutkan banjir.

02 Mei 2011

Dental Check-up

Salam semua. Dah beberapa episod Ris Famili asyik bercerita mengenai Humaira, new member in Ris Famili. Kali ni, nak bercerita tentang abang Humaira pula---> Amin menjalani pemeriksaan gigi percuma sempena Bulan Kesihatan Oral Colgate yang berlangsung kat Mydin baru- baru ini.
Sebelum nak dapatkan pemeriksaan, kena beratur dulu. Amin dengan Teacher Along jadi yang pertama.
Kena dengar juga penerangan mengenai gigi sensitif. Sekejap je penerangannya, taklah boring.
Kebetulan lak Amin pakai baju warna merah dan putih, macam warna rasmi Colgate jugak. Nampak cam duta cilik Colgate pun ada.
Dentist tengah buat pemeriksaan gigi kepada Amin. Kata dentist, gigi semuanya OK. Mesti rajin- rajin cuci gigi ya!
Lepas tu, Amin pegi ke roda impian ni, untuk Putar dan Menang. Tapi kena beli produk Colgate RM15 dulu. Sudahnya Ris Famili menang shower gel Palmolive, ok gak tu.
Muka budak yang ceria sebab dapat berus gigi baru sebab nak beri motivasi rajin berus gigi. Amin sangat jarang makan gula- gula, kerana nak elakkan kaviti dan karies. Jom jalani pemeriksaan gigi!



***********ADVERTISEMENT***********


21 April 2011

Episod 5 (Last Episod Daa..): Special Thanks...

 (Izzul, berposing di tepi motorsikal yg selalu dirempitnya---
Mat Rempit berhemah ni)
Sepanjang detik kelahiran dan berpantang, ramai yang datang membantu secara fizikal dan memberi sokongan moral. Yang paling cepat datang adalah Izzul (sepupu Mak) a.k.a Teacher Along oleh Amin. Sewaktu jalan dah terbuka 5cm, mak sempat sms Teacher Along untuk datang membantu. Berdesup gaya Mat Rempit Teacher Along datang dari Besut untuk jagakan Amin. Abah lak temankan mak di hospital. TQVM Izzul.
Opah pun datang hari ke2, Opah naik bas dari Ipoh. Opah jaga mak dan baby Soleha sehingga ke hari 21 pantang. Terima kasih mak. Terima kasih banyak- banyak.
 Tak dilupakan Tok Besah yang setia memandikan baby Soleha sehingga hari ke 18. Daripada Soleha start kena jaundis sampailah dah baik. Jaundis Soleha sikit aje, tak sampai admit hospital.
Abah pun memang banyak membantu dan tak duduk diam. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Sekejap ke pasar beli lauk, sekejap ke hospital melawat Syuhada.
Jangan lupakan abang Amin yang dah jadi Abang Besar. Tolong jaga adik, tolong buang diapers adik, tolong cubit pipi adik, tolong picit hidung adik dan buat bising sampai adik terjaga.

Juga tak lupa kepada ayahanda dan Maksu yang datang menziarahi kami di Kuala Terengganu selama 4 hari.