5 Okt 2020

Lavender Garden | Cameron Highland

PKP tak habis lagi tapi RIS-FAMILI tak kira, nak pergi cuti juga. Jadi percutian kali ini mesti utamakan SOP. Antaranya RIS-FAMILI bawa bekalan sekotak facemask untuk dipakai semasa di kawasan ramai orang, 3 botol hand sanitizer saiz kecil dan tak pergi ke tempat yang terlalu sesak.

Pilihan lokasi semestinya kawasan yang diistiharkan bebas Covid 19  dan tak begitu jauh. Lokasi pilihan kali ini tentunya Cameron Highland. Tarikh pilihan semestinya 5- 7 Julai 2020. Dan seperti dijangka, jalan sesak. Tapi RIS-FAMILI berjaya rentasi juga kesesakan itu.

Antara lokasi lawatan kali ini Taman Rama-Rama, Sheep Santuary, Bee Farm, Taman Awam Tanah Rata, Kea Farm, Galeri Lebah Melipoly dan Lavender Garden. Antara lokasi dalam perancangan tapi tak pergi kerana belum dibuka sempena PKP ini adalah Cactus Garden, Arked Peladang dan Pasar Malam Golden Hill.

 Tapi post kali ni hanya nak kongsi gambar-gambar di Lavender Garden je.
(Kalau nak tengok gambar di Taman Rama-Rama dan Sheep Santuary, klik gambar atas ni)
























Tiada ulasan: