8 Mei 2015

Kereta Baru | Kelas Gitu

      Julai 2014 lalu, RIS-FAMILI telah menerima ahli famili yang baru iaitu sebiji kereta. Pilihan kali ini tentunya kereta yang mempunyai 3 barisan tempat duduk bagi keselesaan bila ingin balik kampung/bandar dan juga untuk berlibur. Dengan hadirnya famili baru ini bermakna sebiji kereta terpaksa diserahkan kepada ahli famili yang lain yang lebih memerlukannya. Lagipun kawasan parkir di depan rumah hanya muat untuk dua biji kereta sahaja. Dan kereta Iswara terpaksa mengundurkan diri setelah berbakti selama tujuh tahun.
      Dan bukan itu tujuan utama entri ini ditulis. Entri kali ini ingin menunjukkan kelebihan kereta baru ini. Percaya atau tidak bahawa kereta baru ini juga seumpama kapal terbang kerana terdapat 3 kelas tempat duduk iaitu Kelas Perniagaan, Kelas Pertama dan Kelas Ekonomi. Malah ada satu lagi kelas yang tak pasti pula untuk RIS-FAMILI kelaskan. Kalau tak percaya boleh tengok gambar-gambar di bawah ini.
Economy Class - Pilihan orang kebanyakan. Sempit je ruangannya

Business Class - Pilihan ahli perniagaan. Kawsan tempat duduk yang luas

First Class - Pilihan orang kaya / VIP. Selesa dan luas hinggakan boleh terlelap

Tiada pengkelasan - Bebas duduk macammana pun asalkan tak ganggu orang lain
Nota : Kekurangan kereta 3 barisan tempat duduk adalah ruangan tempat meletak barang yang terhad kerana barisan ketiga telah mengambil ruangan tempat barang yang biasanya ada pada kereta 2 baris tempat duduk. Dan entri ini adalah untuk suka-suka sahaja.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails