14 Apr 2015

Restoran Upin & Ipin @ Melaka

      Sebelum ini RIS-FAMILI telah menulis mengenai Restoran Upin & Ipin yang ada di Ipoh, kali ini RIS-FAMILI berkongsi pula berkenaan Restoran Ipin & Ipin yang berada di Dataran Pahlawan, Melaka. Melihat kepada susunatur dan konsep yang tampilkan bolehlah dikatakan hampir sama dengan Restoran Ipin & Ipin yang lain. Perbezaan antara restoran di Ipoh dan Melaka ini hanyalah pada lokasi kedai di mana di Ipoh lokasinya adalah di dalam kompleks membeli belah manakala di Melaka terletak di deretan shop lot.
 
      Terdapat 'kedai dalam kedai' di sini iaitu satu sudut menjual produk bukan makanan berjenama Upin & Ipin. Barangan dari alatulis hinggalah pakaian ada terjual. Tapi itu tak menarik minat RIS-FAMILI kerana tujuan asal adalah untuk menjamu selera aje.
 

       Video cerita Upin & Ipin dipasang menyebabkan Amin dan Humaira tak melepaskan peluang menonton walaupun rasanya dan berpuluh-puluh kali dah tengok di TV. Tak kisahlah, asalkan diorang baik je. Rasanya kalau Husna dan besar pun akan minat cerita Upin & Ipin ni. Pilihan menu kali ini dah tentunya nasi goreng dengan ayam goreng.
      Dah selesai makan RIS-FAMILI bergambar dulu depan kedai. Lepas tu berdesup pergi ronda-ronda di sekitar Dataran Pahlawan maklumlah tenaga dah kembali selepas makan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails