16 Jun 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur | PBAKL

OTW ke PBAKL menaiki LRT
      Pada 27 April 2014 lalu, RIS-FAMILI mengadakan aktiviti terjah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kebetulan pada masa ini RIS-FAMILI memang ada di Kuala Lumpur. Namun tidak pula ada dalam jadual asal untuk ke Pesta Buku ini kerana tak terfikir tentang PBKL ini sebelum jejak kaki ke Kuala Lumpur.
Aktiviti bercerita - Salah satu aktiviti yang diminati oleh Amin & Humaira
      Bila sampai Kuala Lumpur baru perasan ada Pesta buku, jadi RIS-FAMILI mengambil kesempatan untuk meninjau apa yang ada di PBAKL. Memang meriah dan besar pesta buku ni sampaikan tak sempat nak melawat kesemua booth yang ada. Hanya terus pergi ke bahagian yang tertentu sahaja. Bayangkan karangkraf sahaja ambil kawasan seluas satu dewan. Namun masih terdapat dewan dan ruangan yang lain turut dipenuhi oleh syarikat-syarikat buku.
Begitu gembira Humaira ke Pesta Buku. Amin pula membelek buku-buku yang dibeli.
      Kalau tak silap, sebanyak 4 tingkat PWTC digunakan untuk PBAKL ini. Maklumlah bukan semua booth yang RIS-FAMILI pergi. Mungkin ada lagi tingkat atau kawasan yang RIS-FAMILI terlepas. Bagaimanapun pada pandangan RIS-FAMILI, PBAKL ni memang menarik dan begitu ramai pengunjung yang hadir. Banyak bahan-bahan bacaan menarik yang dipamerkan / dijual dengan promosi-promosi menarik.
Antara aktiviti yang berlangsung di PBAKL
      Kebetulan pada masa RIS-FAMILI datang, ada sesi promosi buku oleh Prof Muhaya dan Ustaz Roslan di pentas utama. Sempatlah juga RIS-FAMILI menjeling dan mendengar seketika apa yang dipromosikan. Dapatlah juga melihat secara live Prof Muhaya dan Ustaz Roslan yang selama ini hanya lihat menerusi kaca TV sahaja.
      Harap PBAKL ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dan kalau ada kesempatan RIS-FAMILI ingin datang lagi ke sini di tahun-tahun akan datang. Memang best dan RIS-FAMILI bagi 10 bintang untuk acara seperti ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails