7 Dis 2012

Bukit Gambang Water Park


Sambungan entri sebelum ini di mana di selitkan cerita Bukit Gambang Waterpark dalam kisah Janji Khatam Al-Quran. Kali ni nak selitkan beberapa gambar untuk disemadikan dalam online diary RIS-FAMILI ni.


RIS-FAMILI ambil pakej cuti sekolah yang disediakan oleh Bukit Gambang dan memilih Caribbean Bay Suites. Pakej bagi 2H1M ini adalah termasuk hotel/resort, sarapan, tiket masuk waterpark dan kemudahan trem pergi pergi balik dari hotel ke waterpark dan kesemuanya untuk 3 orang. Untuk baby tiada caj dikenakan, jadi Humaira masuk dalam pakej secara percuma.


Ni lah no bilik yang menjadi tanda RIS-FAMILI pernah menginap di sana. Oh ya, ada satu lagi pakej penginapan tapi mahal sikit dari pakej yang RIS-FAMILI ambil iaitu pakej bagi Arabian Bay Suites. Tak pastilah pula apa yang menyebabkan ianya lebih mahal dari pakej yang ini.


Ni lah lakaran kawasan waterpark ni. Ada tiga bahagian utama iaitu 'Coco Beach' iaitu kawasan pantai dan air ombak buatan, 'Penguin Island' dan "Tree Top Hill Slides'. Dari ketiga-tiga bahagian ini, Amin lebih menyukai 'Penguin Island' kerana banyak gelongsor air dan permainan di sini.


Seperti lain-lain taman tema air, makanan dan minuman luar tidak dibenarkan jadi kenalah top-up duit secara online sebelum masuk ke taman tema ini. Duit maya ini di'barkod' di gelang tangan dan perlu di scan setiap kali pembelian dibuat samada untuk tujuan membeli makanan/minuman atau untuk menyewa pelampung. Dan duit baki akan dikembalikan selepas keluar dari taman tema ini.


Hujan yang turun selepas hampir 3 jam Amin bersukaria bermain air membuatkan taman tema berehat sebentar dan semua pengunjung diminta keluar dari kawasan air untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku. RIS-FAMILI bernasib baik mendapat satu 'cabana' (macam wakaf/pondok) yang mana penyewanya baru saja balik. Jadi dapatlah berlindung dari hujan di cabana ni. Sementara menunggu hujan reda, bolehlah bersalin baju untuk balik.
Hujan berhenti saja, semua pengunjung menyerbu semula kawasan air untuk bermain air. Tapi RIS-FAMILI mengambil peluang ini untuk pergi makan dan seterusnya balik.
Amin pun dah tak larat nak bermain air lagi. Manalah tahu nanti nak pergi lagi....


***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: