19 Nov 2012

JANJI KHATAM AL-QURAN

Assalamualaikum. Pada 2 Muharram 1434 H (Jumaat) yang lepas, Amin terlibat dengan majlis khatam Quran tadika Rossa. Alhamdulillah dah khatam Quran anak mak ni. Majlis ni diadakan di Masjid Ladang, KT. 
Mak Amin kena sediakan pulut semangat (mak Amin pun baru 1st time dengar tentang pulut semangat ni). 
Majlis bermula jam 8.00 pagi, bila diperhatikan ada juga beberapa budak yang tak hadir. Kenapa ya.
Dalam kul 10.00 pagi tu, sesi khatam Quran pun selesai. Murid-murid Tadika Rossa pun bergambar dengan ustaz yang facilitate majlis ini.
Kemudian, tanpa disangka selepas sesi penyampaian sijil khatam, nama Amin dipanggil sekali lagi.
Katanya, untuk terima piala Anugerah Khas.
Inilah dia pialanya. Sungguh tak sangka Amin dinobatkan sebagai QARI TERBAIK 2012 TADIKA ROSSA. Mak rasa seronok sangat, speechless pun ada sebab tak sangka... Syukur alhamdulillah.
Amin pun menagih janji ----> Jika Amin khatam Quran, mak dan abah akan bawa tidur di hotel.
So, lepas tu tanpa pikir panjang terus gerak ke Bukit Gambang Waterpark untuk belanja Amin.
Sampai kat sana dah agak lewat petang, so Ris- Famili amik masa untuk naik tram lihat- lihat kawasan.
Sebelah malamnya, Abah bawa Amin bawa ke fun fair dalam Bukit Gambang Resort City tu juga.
Macam- macam mainan yang Amin cuba, sampai puas hati.
Esoknya hari Sabtu, lepas je breakfast terus terjun dalam kolam renang di hotel. Waterpark hanya dibuka jam 10.00 pagi.
Lepas check out terus serang Waterpark!!! Sampai petang jugaklah... berhenti pun sebab hujan, kalau tidak sampai waterpark tutuplah nampaknya.
Sampai KT dah kul 9.00 malam, letihnya memang tersangat.... Tapi demi memenuhi janji khatam Quran Amin, mak dan abah turutkan lah.
Harap ini bukan kali pertama dan terakhir Amin khatam Quran ya sayang!

6 ulasan:

Denaihati berkata...

tahniah amin jadi qari tebaik tadika, mudahan akan jadi qari peringkat kebangsaan pulak nanti.

Luke berkata...

Baguslah pendedahan dari usia muda.

Ris Ya berkata...

@Denaihati
Terima Kasih Denaihati.
Insya Allah.
Doakan semoga menjadi kenyataan.

Ris Ya berkata...

@Luke
Semoga minat yang dipupuk ni berkekalan selamanya.

Nina Rizwina berkata...

Tahniah diucapkan..Alhamdulillah dilafazkan..sejuk perut mak amin...sebak aunty ni membacanya...tumpang gembira kejayaan amin lah yer..:)

Ris Ya berkata...

TQ Nina.
Amin menjadi harapan keluarga.