20 Dis 2019

Pertandingan Mewarna Sempena Maulidur Rasul

Tarikh : 30 November 2019 (Sabtu)
Tempat : Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh

      Masjid Al-Muttaqin mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada 30 dan 31 November 2019. Antara pengisian sambutan ini adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Kak Ira dan Una antara peserta yang menyertai pertandingan tersebut atas inisiatif Opah mendaftarkan Kak Ira dan Una. Terima kasih opah.
      Hadiah diberikan kepada peserta yang berjaya mewarnakan lukisan sepenuhnya dalam tempoh masa diberikan. Dan tahniah kepada kak Ira dan Una kerana berjaya menyiapkan mewarna lukisan yang diberikan. Dan hasilnya, hadiah beg quechua, mug masjid dan buku mewarna/buku doa menjadi milik kak Ira dan Una setiap seorang.






Hasil Mewarna oleh Kak Ira. Hasil mewarna tak sempat ambil gambar.

Pertandinan Mewarna Sebelum Ini (Klik Gambar)
          

Tiada ulasan: