6 Sep 2012

Amin Berpuasa dan Berhari Raya

Raya puasa pada tahun ini Amin tak melepaskan peluang pergi beraya bersama-sama sepupunya ke sekitar kampung bagi mengeratkan tali silaturrahim sesama orang kampung. Sambil menyelam sambil minum air. Itulah misi yang dilaksanakan oleh Amin pada raya kali ini, di mana sambil beraya dan berkenal-kenalan dengan orang kampung, misi kedua iaitu mengutip duit raya juga terlaksana dengan jayanya. Tak cukup beraya pada raya pertama, misi tersebut bersambung pada hari raya kedua iaitu bersama-sama sepupu yang tiba ke kampung pada raya kedua.
Aksi Amin pergi berhari raya. Amin pakai baju jubah putih.
Tahun ini juga merupakan tahun pertama Amin berpuasa dan Alhamdulillah Amin hanya tinggal 3 hari sahaja iaitu pada 3 hari permulaan puasa. Ketiga-tiga hari tu Amin puasa separuh hari sahaja. Yang seronoknya, Amin senang untuk bangun sahur dan berselera makan semasa sahur. Dan dia kata tahun depan nak puasa penuh. Insya Allah.

4 ulasan:

mawar_lina berkata...

Tahniah dah leh puasa yek....Budak2 memang misi hari raya nak kutip dui raya je..:-)

Ris Ya berkata...

@Aku-Enot
Memang misinya berjaya.
Banyak gak hasil pada raya kali ini dan kesemuanya dah dimasukkan kdlm bank.

Denaihati berkata...

memang seronok bila anak senang nak bangun sahur. duit raya memang matlamat utama budak2...heeee

Ris Ya berkata...

@Denaihati
Dah semestinya. Hahahaha