Dari jauh dah nampak pokok buatan yang berwarna warni
Sebenarnya tak de sapa pun menggelarnya I-City, hanya RIS-FAMILI je yg bagi gelaran sbb sama konsep dengan I-City Shah Alam iaitu kawasan dipasang dengan lampu berwarna warni. Nak banding suasana boleh tengok gambar dalam entri ini dan dalam entri I-City, Shah Alam (klik sini). Memang la kat Shah Alam lebih meriah dengan lampu-lampu tapi apa kurangnya di Kuala Terengganu ni tapi yang pentingnya tak ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke kawasan ini.
Antara pokok bercahaya yang jadi mangsa bergambar
Pengunjung bebas berjalan-jalan di sekitar kawasan ini. Kereta pun boleh masuk dan parking di kawasan ini tanpa halangan. Dan keadaan sekitar yang terletak berhampiran muara Sungai Terengganu membuatkan kawasan begitu nyaman apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Moga kawasan ini diselenggara dengan baik dan di tambah dengan lain-lain kemudahan yang bersesuaian bagi menjadikan kawasan ini bertambah menarik untuk dikunjungi. Buat masa sekarang ok-ok je.
***********ADVERTISEMENT***********
5 ulasan:
Salam utk sahabat arwah suamiku skeluarga. Nanti klu berkunjung ke I-City S.A sila2lah menyinggah ke teratak kami di bukit raja...tak jauh dah tu !!
cantik juga dalam gambar tu, kalau rindu kat i-city, bro datang situ jelah
@HarumKasturi
Insya Allah. Tapi setakat ni tak bercadang utk ke I-City Shah Alam lagi sbb dah ada Mikro I-City kat KT.
Sebenarnya kita berjiran kat BBR sbb kami pun ada beli rumah kat sana, tapi disewakan je sbb keja kat KT.
@Denaihati
Memang pun cadang cam tu tapi tunggu penambahbaikan la sbb sekarang ni tak de apa sangat kat sana.
Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac. Artikel sepenuhnya - www.gombug.net
Catat Ulasan