23 Jan 2010

Short Trip To Kuantan



Salam semua. Dah hampir setahun Ris Famili stay di KT,
tapi belum pun explore Kuantan yang terletak kat Pantai Timur ni juga.

Hari tu, cuaca memang panas.
Sampai Kuantan masing- masing berkerut dahi, memang sangat terik...


Haaa, sekarang dah sampai hotel.
Barulah sejuk sikit. Tengok muka Amin pun dah ceria sikit.


Bilik hotel pun selesa dan  luas.
Apapun, rasanya rate untuk Hotel Seri Malaysia dah naik lah ek?


Abah pun sempat posing, 
abah pesan trip kali ni sekadar santai dan bukan rushing.
Just to have fun and spend quality time with each other.


Lepas check in dan mandi semua, 
Ris Famili nak pergi ronda pekan Kuantan.
Pemandangan luar bilik.
Ada mini bridge yang begitulah tomei....
Banyak gak shopping mall kat Kuantan ni compared KT,
Berjaya Megamall, Kompleks Teruntum, Kuantan Parade, etc.
(Tak yahlah letak gambar kat shopping mall, lebih kurang aje rupanya.)


Esoknya lepas breakfast,
 terus serang swimming pool yang letaknya belakang bilik Ris Famili jer.


Amin apalagi, memang seronok sangatlah mandi kolam renang.
Tak payahlah pergi Teluk Chempedak lagi dah, save masa...


Tak plan langsung aktiviti mandi manda ni.
Tak bawa baju renang pun.
Hentam sajalah Amin, guna je baju yang dah dibawa...


Telinga Amin masuk airlah abah!!!



Biasalah, dalam dua- dua sesi mak nak shopping, 
ada yang tangkap lentok dulu...
Terbantut jap agenda shopping mak.



Argggghhhh... habis tenaga abah makan nasik, 
angkat Amin yang 17 kg ni.
Mak dapat shopping kat Vincci, bestnya.


Bagi yang nak jenjalan ke Kuantan, dipersilakan.
Bandar ni  terancang, sistematik, cantik dan banyak parking kecuali susah sikit kat Kompleks Teruntum.
InsyaAllah, lain kali Ris Famili singgah lagi, kan abah?
Bye!

Tiada ulasan: