Antara tarikan yang ada di sini adalah skywalk setinggi 12 meter bagi menikmati pemandangan dari atas. Agak gayat juga RIS-FAMILI bila berada di atas ini. Pada masa kunjungan RIS-FAMILI, lif untuk menaiki skywalk ni rosak jadi kenalah naik tangga. Disebabkan Husna dalam stroller, hanya abah, Amin dan Humaira ajelah yang naik skywalk ni. Kesian mak dan Husna hanya melawat di bahagian bawah je. Kat bahagian atas skywalk ni terdapat banyak burung yang jinak dan akan melayan pengunjung yang memberi makan (makanan jagung yang ada dijual di pintu masuk). Kalau kena strategi bagi makan, burung tersebut akan naik atas bahu atau tangan pengunjung sepertimana gambar di atas.
Aktiviti petang di hari keempat adalah menelusuri Sungai Melaka melalui perkhidmatan Melaka River Cruise. Walaupun dah 2 kali menaiki cruise ni sebelum ini namun RIS-FAMILI tetap teruja untuk menaiki sekali lagi (klik utk baca). Humaira tanpa segan silu tertidur semasa menaiki cruise ini kerana kepenatan. Tiket berharga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit pergi dan balik.
Malamnya aktiviti berterusan, ronda-ronda sekitar bandar Melaka dan menjamu selera di Restoran Upin & Ipin. Klik sini utk entri Upin & Ipin.
***********ADVERTISEMENT***********
Tiada ulasan:
Catat Ulasan