2 Okt 2019

Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Selangor

Bersempena Hari Kebangsaan 2019 lalu, RIS-FAMILI telah menyertai hari keluarga Hj Megat Mohd Zainoddin dan Maznah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Semua adik beradik sebelah mak turut serta memeriahkan acara yang diadakan. Lokasi pertemuan adalah di rumah baru Mak Nyah iaitu kakak kepada mak. Besarnya rumah Mak Nyah, ada kolam renang dan set bbq lagi tau. Best sangat.

Aktiviti pertama Humaira dan Husna apabila sampai ke rumah Mak Nyah dah tentunya kedebum... kedebum... Mandi kolam la.

Rumah pertemuan ini dirancangkan untuk dijadikan homestay sebab Mak Nyah tinggal di UK Bistari. Lagipun jauh dari tempat kerja Mak Nyah.

Antara aktiviti famili day ini ialah berbbq, mandi kolam, lawatan ke Kelip-kelip Kg Kuantan dan Fruit Valley (klik sini utk baca)

************************************************************

Tempat : Kelip-kelip Kampung Kuantan, Selangor
Tarikh : 30 Ogos 2019
Masa : 9.00 malam,
Tiket : RM50 satu bot.












***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: