Setelah dua kali tertangguh walaupun dah sampai tapj pada kali ketiga barulah dapat masuk. Perancangan pertama tak tercapai disebabkan Pusat Sains Negara ditutup kerana sedang diselenggara. Perancangan kedua pada November 2017 pula disebabkan tiada parkir berdekatan pusat negara memandangkan Pusat Sains Negara baru selesai diselenggara dan kemasukkan adalah percuma.
Perancangan kali pada 21.6.2018 ketiga berjaya. Parkir yg dekat dengan pintu masuk menyenangkan keluar masuk. Masa masuk tak begitu ramai orang jadi tak la berebut-rebut nak cuba aktiviti / permainan sains yang ada.
Masa nak masuk, RIS-FAMILI melalui terowong akuarium. Macam-macam jenis ikan yang ada. Besar-besar pulak tu. Rasa macam melawat Aquaria la plak.
Selepas itu ada tempat permainan kanak-kanak. Apa lagu Ira dan Una, terus bermain macam dah tak ada bahagian lain untuk dilawati.
Selepas puas menengok ikan dan penat bermain mainan barulah tujuan kedatangan terlaksana. RIS-FAMILI mencuba kesemua aktiviti / permainan yang ada. Agak lama juga la sbb Pusat Sains Negara ada dua tingkat.
Bagi RIS-FAMILI, PSN ini memang sesuai dilawati seisi keluarga.
Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (setiap hari kecuali Jumaat ditutup)
Tiket Masuk (Pada Julai 20180
***********ADVERTISEMENT***********
Tiada ulasan:
Catat Ulasan