1 Jan 2016

SKSS1 | Pendaftaran Tahun 4

Minggu terakhir cuti penggal persekolahan iaitu pada 31 Disember 2015 lalu adalah hari pendaftaran persekolahan Amin masuk tahun 4. RIS-FAMILI turut serta dalam kemeriahan ibubapa untuk sama-sama mendaftarkan anak-anak ke sekolah. 
      Cikgu kelas Amin tahun 4 nanti adalah Cikgu Norkartini iaitu Pelajaran Quran & Ulum. Gambar atas  ni adalah gambar cikgu kelas Amin (yang duduk mengadap kamera)
       Gambar atas ini pula adalah gambar Amin menemani mak mendaftar. Sambil-sambil tu bolehlah Amin berkenalan dengan cikgu kelas. Berdasarkan senarai guru yang mengajar tahun 4 nanti, Amin bagitahu hanya seorang cikgu sahaja yang biasa mengajar dia sebelum ini iaitu Cikgu Estee bagi pelajaran Bahasa Inggeris.
       Inilah jadual Amin untuk tahun 4. Terdapat beberapa subjek yang tak ada semasa tahun 1 - 3 lalu. Maklumlah sekarang ni dah dalam Tahap 2 persekolahan. Mengikut kata Cikgu Norkartini (cikgu kelas Amin) kelas Amin adalah kelas yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk pembelajaran sains, matametik dan semestinya Bahasa Inggeris. Harap Amin dapat menguasai dengan baik semua subjek yang diajar.
      Gambar yang ni pula adalah senarai kawan Amin untuk darjah 4. Seramai 14 orang kawan semasa di kelas 3 Tabah bersama-sama Amin ke kelas 4 Tabah. Jadi Amin akan dapat kawan baru dan juga ada kawan lama.
SELAMAT BELAJAR AMIN

2 ulasan:

harahaz berkata...

Selamat Belajar. Moga berjaya dalam semua lapangan

RIS YA berkata...

Terima kasih auntie Harahaz atas ucapan dan doa yang diberikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails