Sekadar Contoh Carian |
Selalunya kita menggunakan perkhidmatan "Yellow Pages" untuk mencari nombor telefon tapi ini hanya sesuai untuk carian berdasarkan nama syarikat. Selain Yellow Pages, RIS-FAMILI juga kadangkala menggunakan perkhidmatan "Pan Pages". Pencarian menggunakan "Pan Pages" juga ada memaparkan nama individu tetapi tidak kesemua nama dipaparkan.
Jadi RIS-FAMILI juga menggunakan alternatif pencarian menggunakan iaitu menggunakan enjin carian sebagai contoh Google, Yahoo dan Bing. Namun paling kerap RIS-FAMILI gunakan adalah Google. Caranya hanya dengan membuka laman web enjin carian tersebut, sebagai contoh RIS-FAMILI gunakan Google. Kemudian taipkan info yang hendak dicari seperti "nombor telefon siti nurhaliza" (sekadar contoh).
Lepas tu senarai yang berkaitan akan dipaparkan dan pilih saja yang mana menepati info yang ingin dicari. Namun bukan semua nombor telefon yang akan dapat menggunakan carian ini tetapi sekurang-kurangnya sudah ada alternatif untuk mencari nombor telefon tersebut. Mungkin ada kaedah lain lagi yang RIS-FAMILI belum cuba dan jika ada apa kata kongsikan bersama di ruang komen di bawah. Setiap perkongsian mungkin dapat membantu orang yang amat memerlukan.
Sekadar Contoh Hasil Carian Yg Dijumpai |
# Nombor yang dipaparkan melalui carian ini kebiasannya terdapat dalam website, blog atau dokumen yang dikongsikan melalui internet. Jika nombor yang dicari tidak dipaparkan bermakna nombor tersebut tidak pernah dimasukkan dalam medium internet.
***********ADVERTISEMENT***********
3 ulasan:
Bagaimana nak cari no henpon. Harap dapat membantu.
Mardzi : Cara yg diberikan adalah cara alternatif aje dan bergantung kepada maklumat tersebut pernah dikongsi secara 'sengaja atau tak sengaja'. Cth senarai nama beserta no telefon dlm bentuk dokumen pdf atau scan telah dikongsi dlm sesuata blog atau website. Jika tiada bermakna no tersebut tidak pernah 'terkongsi' melalui internet.
Kalau kita ada terima panggilan dan kita nak tau siapa yang telefon.
Boleh tak?
Catat Ulasan