Pada suatu hari, aku menaiki kereta ke pejabat dan memparking keretaku di kawasan parking kereta di luar pagar bangunan pejabat. Bukan sengaja aku parking kereta di situ, malah inilah rutin hari-hari keretaku lepak di situ. Sebabnya adalah pejabatku tidak menyediakan parking yang mencukupi untuk semua staf.
Namun di suatu hari ketika aku hendak pulang ke rumah selepas seharian bekerja, tiba-tiba aku terlihat sesuatu di cermin belakang kereta. Ahhhh... TIDAKKKK.
Cermin keretaku pecah berderai. Namun tinted yang dipasang kukuh memegang cermin keretaku. Tidak ku tahu sejak bila cermin keretaku jadi begini. Sejak pagi, tengahari atau baru sekejap saja? Bersangka baik aku fikirkan mungkin pecah disebabkan panas matahari menyebabkan cermin kereta pecah.
Alhamdulillah, mujur hari tak hujan. Kalau tak sudah tentu keretaku menjadi mini kolam renang dimasuki air. Aku pun balik dululah sebab hari dah petang. Mesti kedai cermin pun dah tutup waktu ini, lagipun jalan jem teruk setiap kali waktu balik kerja.
Esoknya iaitu selepas memaklumkan bos kat opis, aku pun bergegas ke kedai cermin yang disarankan oleh rakan opis. Di kedai tersebut barulah aku tahu cermin kereta aku pecah adalah akibat terkena hentaman batu. Bukannya akibat cermin kepanasan akibat parking di tempat panas. Tanda panah gambar di atas adalah kesan hentaman batu tersebut. Tak pasti disebabkan orang baling atau lantunan batu akibat dilanggar oleh kenderaan lain.
Nak buat camna lagi, ganti tetap kena juga. Terbanglah juga secebis duit gaji bulan ini untuk menggantikan cermin tersebut. Dan hasilnya... traaa, lihatlah. Cantik dan berkilat. Beginilah kisahku kali ini. Sekian.
Nota : Kebiasaanya aku menambah cover insurans bagi cermin kereta bagi tahun sebelum-sebelumnya tapi kali ini aku tak mengambil insurans cermin la pula. Bukan rezeki aku kali ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan