19 Jan 2013

Sesi Pembelajaran Rasmi Bermula

      Ahad ini iaitu 20 Januari 2013 bermulalah sesi pembelajaran secara rasmi bagi Amin di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Ini kerana Amin akan mengikuti Jadual Waktu yang telah diberikan. Jika sebelum ini hanya pembelajaran tak formal iaitu sesi pengenalan kepada persekolahan.
      Jika sebelum ini waktu rehat pada 9.00 pagi dan balik pada 12.30 tengahari tapi kali ini dah berubah ke kepada masa yang telah ditetapkan dalam jadual. Selain dari jadual ditunjukkan di atas, Amin juga dikehendaki mengikuti sesi solat Zohor berjemaah pada setiap hari Isnin iaitu hari untuk pelajar-pelajar tahun 1.
      Pada masa ini mak dan abah masih tak tahu keseluruhan jadual yang diberikan kerana nama matapelajaran hanya diberikan mengikut kod sahaja. Yang dah pasti BM untuk Bahasa Melayu, BI untuk Bahasa Inggeris, MT untuk matematik, PH untuk perhimpunan, PJK untuk Pendidikan Jasmani, BA untuk Bahasa Arab dan Rehat je. Bagi kod TQM, PK, TS, DSV, DSDT dan DM masih blur. Mungkin dalam beberapa hari lagi boleh lah tahu kot.
      Susunan kedudukan meja juga telah berubah. Jika sebelum ini Amin berada di barisan kanan hadapan kelas tapi kali ini Amin berada di bahagian tengah kelas. Susunan juga diselang seli lelaki dan perempuan. Mungkin nak elakkan pelajar membuat bising kot. Tak kisahlah macamana pun kedudukan kelas, yang penting Amin seronok untuk bersekolah dan rajin belajar.

4 ulasan:

Denaihati berkata...

cara effective kurang buat bising, selang seli kedudukan. tapi lama2 serupa je kot.

homemade bahulu berkata...

DSVT- dUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
LAIN PUN SY MASIH BLUR.. hak!

Ris Ya berkata...

@Denaihati
Betul tu... Lama2 keadaan akan kembali jadi seperti biasa dan mungkin lebih bising sbb kena kuatkan suara utk panggil/bercakap dgn kawan yg lebih jauh kedudukannya.

Ris Ya berkata...

@Ida Husnon
Apasal la tak de nota yg bagtahu nama penuh matapelajaran yg ditulis dlm jadual.