9 Jan 2013

Hari Pertama Amin Ke Sekolah

      1 Januari 2013 tercipta sejarah buat RIS-FAMILI apabila Amin menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu untuk memulakan sesi persekolahan. Bersemangat Amin untuk ke sekolah. Tak perlu dikejutkan bangun pagi sebab Amin sendiri yang terjaga sendiri malah kira-kira pukul 5 pagi pun dah terjaga dan bertanyakan samaada dah boleh bangun bersiap pergi sekolah.
      Bagi meraikan Amin memulakan sesi persekolahan maka mak dan abah serta Humaira bercuti bagi menghantar dan menemani Amin di sekolah. Alhamdulillah bila lihat Amin dah boleh menyesuaikan diri dalam kelas. Tambahan pula ada kawan yang sama satu tadika turut ada dalam kelas dengan Amin. Dua minggu pertama di sekolah adalah sesi penyesuaian dan tak ada jadual khusus lagi untuk diikuti. Rehat dan balik pun ditetapkan lebih awal dari pelajar-pelajar lain bagi membiasakan diri dengan persekitaran sekolah.
      Baju dan seluar adalah sama seperti sekolah lain, hanya kasut dan stokin je yang lain iaitu warna hitam. Disebabkan dah beli kasut dan stokin putih, jadi pakailah juga tapi tetap beli sepasang kasut hitam untuk Amin supaya dia tak rasa lain dari kawan-kawan. Pakai selang-seli minggu.
      Hari pertama abah dan mak pantau di sekolah kira-kira 70 peratus dari masa persekolahan, hari kedua pantau waktu rehat dan balik manakala hari ketiga abah pantau dari jauh je (Amin tak tahu) masa rehat dan balik. Alhamdulillah Amin berjaya menyesuaikan diri dan harap-harap berterusan.
Sesi Taklimat pada 29 Disember 2012

Senarai Nama Rakan Amin

Amin Diletakkan Dalam Kelas 1 Aktif

Cikgu Yang Menjadi Cikgu Kelas Bagi Tahun 1. Cikgu Amin 4 Dari Kanan

Amin Bersemangat Untuk Ke Sekolah

Amin Tak Sabar Nak Belajar

Belajar Rajin-Rajin Ya Abang - Humaira Nasihatkan Abang Amin

Amin Pilih Meja Paling Depan. Satu Meja Dengan Ali Imran dan Azim.

Cikgu Kelas Amin Sedang Memberi Penerangan. Nama Cikgu : Cikgu Zuraida

Beratur Untuk Pergi Ke Kantin

Masa Rehat. Makan Bekal Yang Mak Sediakan

Mak Memantau Amin Dari Luar Kelas

      Sebanyak 8 kelas dibuka untuk Tahun 1 dan dalam kelas Amin ada seramai 32 orang murid. Bilangan murid lelaki dan perempuan hampir seimbang. Jadual belum dikeluarkan lagi jadi tak tahu lagi jadual yang akan diikuti oleh Amin nanti. Sekarang ni kelas bermula pukul 7.30 pagi, rehat pada 9.00 pagi dan balik pada 12.30 pagi.

2 ulasan:

Denaihati berkata...

hari pertama tahun satu memang memdebarkan sikit. moga amin jadi anak yg pandai dan soleh.

Ris Ya berkata...

Moga apa doa anak pandai dan soleh oleh denaihati dimakbulkan.