Kuala Lumpur, kami datang lagi. Kali ini percutian 3 hari 3 malam sebabnya dah sampai lewat malam ke KL sebabnya siang hari ke KL adalah hari bekerja bagi Mak dan Abah. Untuk memberi pengalaman kepada Amin dan Humaira menaiki kapal terbang dan bas ekspres. Juga pengalaman menaiki komuter, LRT, monorail dan teksi. Maklumlah kat Terengganu mana ada benda-benda macam tu kecuali bas, teksi dan kapal terbang. (Kat negeri lain pun cam tu juga sebab benda ni hanya ada kat Lembah Kelang).
Pergi menaiki kapalterbang dan balik menaiki bas ekspres yang mana kedua-duanya ada pramugari. Pheewittt. Ronda-ronda semasa di KL pula menaiki pengangkutan awam yang ada kat KL le sebab tak de kenderaan sendiri. Jom saksikan pengalaman ini.
Gambar tiket kapal terbang diabadikan untuk kenangan. Pengalaman pertama Humaira sebenarnya sebab Amin, Mak dan Abah dah pernah naik.
Pemandangan KL dari bilik penginapan (Gambar hari kedua). Hari pertama sampai KL dah lewat malam jadi hari pertama di KL adalah tidur. Zzzzzz.
Antara agenda ke KL adalah untuk beriadah di Taman Air Suria KLCC tapi tak tercapai. Dua kali pergi ke sana tapi hujan pada kedua-dua hari. Perancangan untuk bagi Amin dan Humaira untuk bermain air terpaksa ditukar.
Tukar ke riadah mata. Tengok citer kartun kat wayang dalam KLCC.Ambil gambar kat citer yang sedang ditayangkan tapi bukan citer tu yang kitaorang tengok.
Inilah antara pengangkutan awam yang kitaorang naik. Sekadar contoh.
Humaira bukan main suka lagi naik LRT. Pengalaman pertama Humaira.
Dah selesai agenda di KL, masa untuk balik ke KT. Di stesen bas ekspres menunggu bas ekspres datang menjemput. Selesa gak tempat menunggu, siap diberikan air kotak setiap orang semasa menunggu. Tempat menunggu pun selesa dengan kemudahan wifi.
Amin dah mengantuklah. Syok juga tido dalam bas ni. Jom Tidur. Tadaaaa....
2 ulasan:
musim hujan cuti2 malaysia sikit terganggu, tapi boleh plan aktiviti indoor. selamat bercuti
Memang terganggu tapi disebabkan KL banyak choice jadi bila satu rancangan tergendala, boleh buat rancangan lain.
Catat Ulasan