11 Jul 2011

Tok Besah Gi Umrah

Bulan Jun lalu, Tok Amin sebelah abah pergi umrah. Tok pergi bersama-sama dengan jiran sekampung. Ingatkan tak ramai yang mengikuti pakej umrah ni. Rupa-rupanya kat Lapangan Terbang Kuala Lumpur ramai dah yang berkumpul. Maklumlah rombongan bersama Tok hanya ada tujuh orang sahaja. Bila dicongak-congak rasanya lebih dari 70 orang. Semuanya datang dari serata Malaysia. Terasa kemeriahan dan keseronokan apabila ramai yang turut serta.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang diambil oleh abah Amin sebelum Tok berangkat mengerjakan umrah.
Baru Sampai Di KLIA, Menunggu Lain-Lain Jemaah Umrah
Antara Ahli Rombongan Umrah bersama Tok
Sepupu Amin Pun Datang Untuk Hantar Tok (Tok Amin Pakai Tudung Putih)
Tok Semasa Nak Daftar Masuk (Abah Ambil Gambar Dari Jauh Sebab Dah Tak Boleh Masuk)
Di Kaunter Daftar Masuk
Kapalterbang Yang Tok Naik. Kalau tak silap, Bahrain Airlines.

Pada masa entri ini di publish, Alhamdulillah Tok Besah dah selamat mengerjakan umrah dan telah kembali ke tanahair.

4 ulasan:

Cikli berkata...

semoga amalan diterima Allah

Ris Ya berkata...

@Cikli Insya Allah. Terima kasih Cikli.

Unknown berkata...

Patutlah mcm pernah tgk jer Airport tu. Tiap2 minggu pi situ. He2..

Ris Ya berkata...

@M'Rie R'Nie Amboiii... tiap2 minggu ke airpot. Cari idea kat sana ke?