2 Mei 2011

Dental Check-up

Salam semua. Dah beberapa episod Ris Famili asyik bercerita mengenai Humaira, new member in Ris Famili. Kali ni, nak bercerita tentang abang Humaira pula---> Amin menjalani pemeriksaan gigi percuma sempena Bulan Kesihatan Oral Colgate yang berlangsung kat Mydin baru- baru ini.
Sebelum nak dapatkan pemeriksaan, kena beratur dulu. Amin dengan Teacher Along jadi yang pertama.
Kena dengar juga penerangan mengenai gigi sensitif. Sekejap je penerangannya, taklah boring.
Kebetulan lak Amin pakai baju warna merah dan putih, macam warna rasmi Colgate jugak. Nampak cam duta cilik Colgate pun ada.
Dentist tengah buat pemeriksaan gigi kepada Amin. Kata dentist, gigi semuanya OK. Mesti rajin- rajin cuci gigi ya!
Lepas tu, Amin pegi ke roda impian ni, untuk Putar dan Menang. Tapi kena beli produk Colgate RM15 dulu. Sudahnya Ris Famili menang shower gel Palmolive, ok gak tu.
Muka budak yang ceria sebab dapat berus gigi baru sebab nak beri motivasi rajin berus gigi. Amin sangat jarang makan gula- gula, kerana nak elakkan kaviti dan karies. Jom jalani pemeriksaan gigi!



***********ADVERTISEMENT***********


2 ulasan:

Hisyam Syahmi berkata...

hahahahah~ cakap kat amin.. jangan nakal2~ nnt teacher datang amek humaira~

Ris Ya berkata...

@Hisyam Syahmi Mcm biasa Amin : Kadang2 jaga adik dia dan kadang2 kacau adik dia.