Untuk Aidilfitri yang lepas, giliran RIS-FAMILI berhari raya di Selama dahulu. Raya kali ini semua sepupu Amin (sebelah abah Amin balik) kecuali seorang je.
Sepupu Amin (sebelah abah) ada 18 orang. Ni sebahagian je yg ada.
Aidlifitri kali ini adalah kali pertama kali Amin pergi beraya tanpa ditemani oleh mak dan abah. Amin pergi Ni la gambar Amin pergi berhari raya. Memang seronok.
Aktiviti bergambar dengan mak dan abah adalah aktiviti yang selalu dilakukan semasa hari raya, dah jadi macam tradisi plak tak kira Aidilfitri atau Aidiladha. Dah hasilnya, tra.. la.. la...Raya kedua RIS-FAMILI beraya di Ipoh pula. Kali ini Amin bertemu sepupu Amin belah mak pula. Ada 2 orang, manakala 3 orang lagi tak balik sebab ada hal yang tak dapat dielakkan namun tetap meriah. Ramai gak saudara-mara belah mak datang beraya.
Gambar Aidilfitri tahun lepas. Tak jumpa plak gambar Aidilfitri tahun ni. Seronok beraya bersama sepupu.
Amin pun tak melepaskan peluang beraya ke rumah saudara mara belah mak Amin. Antaranya yang menjadi kemestian ialah rumah moyang Amin di Gelung Pepuyu, tok/opah saudara, moyang saudara dan rumah pengasuh Amin semasa Amin tinggal di Ipoh dulu.Aidiladha kali ni, Insya Allah giliran di rumah Tok dan Opah di Ipoh dulu. Lepas tu baru beraya di rumah tok di Selama pula. Tak sabar rasanya nak balik beraya.
Tokkkk..... Opahhhhh..... Masak apa untuk raya nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan