10 Okt 2009

Pantun Aidilfitri Ris- Famili Tahun Ini

Kopiah senget janji selesa,
Samping murah lima ringgit aja,
Amin ceria seronok rasanya,
Berbaju Melayu kuning diraja.

Tahun ini tak lengkap rasanya,
Abang yang sulung sudah tiada,
Bergambar berposing serba tak kena,
Raya tahun ini serba sederhana.


Tahun ini tahun pertama,
Mak Su Amin dah start bekerja,
Dapatlah Amin duit raya,
Begitu juga sepupu Amin semua.

Perasankah muka seorang budak,
Baru menangis juga memberontak,
Suruh pakai tudung dia nak bukak,
Cakap ibunya di bentak- bentak...
(Hajar si tudung merah itulah)

Muka Amin seperti kelat,
Tak boleh dok diam walau sesaat,
Kenapa baju raya mak kaler coklat,
Tak kaler kuning sama sepakat?

Jalan- jalan di pekan Lumut,
Tertinggal IC kat kampung Selama,
Tembunnya muka comelnya mulut,
Baby Rohana empunya nama.
(ni gambar raya keempat)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails