Salam semua. Dah seminggu lebih tak berupdate blog ni. Last week, 16hb, Ris- Famili berpeluang menyertai konvoi ke Cameron Highlands anjuran ofis mak Amin.
Konvoi ni bertujuan nak raise fund untuk sukan next year sebab ada yuran penyertaan iaitu RM 250 bagi satu keta. Duit minyak, hotel kena kuar duit sendiri. Tapi, urusetia provided breakfast dan lunch pada semua.
So, sudahnya sebanyak 128 bijik keta berkonvoi sama- sama ke Cameron hari tu. Kira successful juga organizer, yelah dah sorang bayar RM250. Berapa dah dapat, ye dak.
Sampai di Cameron kul 3.00 petang, dan Ris Famili terus check in. Organizer booked Hotel Rosa Passadena untuk Ris Famili, and kami pun hentam sajalah. RM180 per night. Kira harga ni OK sebab kami datang during weekend dan Deepavali lak.
Cameron hujan renyai- renyai dan suasana sangat sejuk... I like it. Dan Amin pun well behave. Eloklah jalan- jalan macam ni setelah 4 hari mak Amin berkursus di KL. Dapat juga release tension dan Ris Famili pun dapat holiday jap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan