10 Okt 2022

SPR | Pilihanraya | Semakan Daftar Pemilih

Cara menyemak nama dalam daftar pemilih untuk mengetahui kawasan mengundi.

1. Pergi ke laman web "Daftar Pemilih"  di website Suruhanjaya Pilihanraya atau klik pautan ini

https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih


2. Masukkan nombor kad pengenalan.


3. Masukkan nombor/angka pada ruangan Captcha.


4. Klik "SEMAK".


5. Maklumat yang didaftarkan akan terpapar seperti di bawah.




1 Mac 2021

Husna Syifa Kini Darjah 1


      Setelah tertangguh selama 2 bulan akibat PKP, hari ini (1 Mac 2021) Husna Syifa akhirnya menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Jelapang untuk memulakan langkah sebagai pelajar. Buat permulaan ni Husna diletakkan dalam kelas Transisi 7.

Selama dua bulan sebelum ni, Husna belajar secara online je. Sebenarnya persiapan masuk sekolah dah disediakan sebelum penangguhan permulaan sekolah lagi. Jadi tak la kelam-kabut kali ni beli pakaian dan alat tulis. Yuran dan buku tulis pun dah selesai awal-awal.

Pagi-pagi lagi Husna bangun dan tanya dah boleh mandi dan siap pakai baju sekolah ke. Bersemangat sungguh nak gi sekolah, maklumlah dah lama tertangguh. Sebenarnya Husna bersekolah sesi petang jadi tertangguhlah sebentar hajat nak gi sekolah.

Pukul 12.30 tengahari je terus suruh Husna mandi dan bersiap pakai baju sekolah. Disebabkan hari pertama sekolah bersemuka bermula pukul 2 dan zohor pukul 1.31 ptg, jadi masuk je waktu zohor terus solat dan seterusnya berdesup ke sekolah.

Yang tak syoknya, hanya boleh hantar sampai pintu pagar je sebab pandemik covid19 masih belum reda sepenuhnya.

Tapi Alhamdulillah nampaknya Husna dah bersedia dan steady je jalan masuk ke sekolah dengan cikgu menunjuk arah ke dewan untuk berkumpul.

Semoga Husna cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan  belajar dengan bersungguh-sungguh. Berjaya di dunia dan akhirat.






19 Okt 2020

Cameron Highland di Fasa PKPB

Tarikh : 3 - 5 Julai 2020

Lokasi : Cameron Highland

      Percutian ini adalah semasa Fasa Perintah Kawalan Pergeran Bersyarat dan dua minggu sebelum sekolah dibuka (Hampir 5 bulan cuti sekolah). Sesaknya memang membuatkan drebar stress tapi memandangkan ini saya peluang bercuti sefamili kerana tak tahu apa lagi situasi covid 19 di masa akan datang, jadi redah je la.

      Kalau tengok gambar, ada antara gambar tak pakai mask atau mask dibuka separuh, Ini hanyaklah semasa nak ambil gambar je. RIS-FAMILI mematuhi SOP sepenuhnya. Sepanjang masa di tempat awam ada dipakai mask dan bekalan mini hand sanitizer sentiasa ada dlm henbeg atau poket seluar.