12 Nov 2018

MAPS | Movie Animation Park Studios

Bersempena SUKMA 2018 lalu, Movie Animation Park Studios atau lebih glemer dengan panggilan MAPS telah mengadakan promosi bagi tiket masuk. Jika pada permulaan MAPS dibuka harganya RM144 (dewasa) dan RM 114 (kanak-kanak) tapi semasa promosi tiket dijual RM 40 untuk sekali masuk hingga hujung 2018. Jika bernasib baik, harga walk-in kadang kala dijual RM35. Tapi kena masuk pada hari tiket dibeli la.


RIS-FAMILI turut tak melepaskan peluang membeli tiket promosi tersebut. Beli pada 22.9.18 iaitu hari akhir SUKMA tapi sebulan lepas tu baru masuk (3.11.18). Sekurang-kurangnya kalau sesiapa tanya boleh la jawap serba sikit tentang MAPS.


Disebabkan pergi hari sabtu, ramai juga yang datang. Kena beratur untuk naik satu-satu permainan. Amin dah tentunya naik permainan eksterim manakala Ira dan Una naik permainan yang berseuaian dengan umur. Ada antara permainan Ira tak dibenarkan masuk sebab kekangan umur atau ketinggian. Diaorang semua seronok bermain semua permainan yang ada namun Amin dah serik naik Asteroid Attack sebab terlalu ekstreme untuk dia. Yang lain tak de masalah bagi dia.



Bagi Ira dan Una, sudah tentu Coral Kingdom antara tempat jadi tumpuan sebab ada mainan. Sambil main boleh beli makanan. Mak bolehlah memantau sambil makan dan merehatkan kaki yang banyak berjalan.
Sempatla juga bergambar dengan Maskot Boboiboy. Tapi kena beratur dulu ya. Gambar diambil oleh pihak MAPS namun tiada paksaan untuk beli gambar tersebut. Kita juga boleh meminta bantuan pekerja MAPS ambil gambar menggunakan kamera telefon kita. Jika kita nakkan kenangan bolehla minta pihak MAPS cetak dan letakkan pada barangan cenderahati dengan bayaran ditetapkan. RIS-FAMILI ambil cetakan gambar A4 dan cetakkan pada pemberat kertas bersalji.







 Ada juga tempat bergambar untuk gambar 3D tapi disebabkan ramai pengunjung sempatlah berposing secara ekspress. Hasinya seperti gambar di atas.

Sebelum keluar Mak, Amin, Una dan Ira bermain bamper car. Tapi bukan guna kereta seperti gambar di atas. Ini antara permainan yang paling ramai peminat dan giliran menunggu yang paling lama. Tengok la aksi-aksi menarik menaiki bumper car di bawah ni.


Memang menyeronokkan. RIS -FAMILI masuk dari pukul 11 pagi hingga 3.30 petang je sebab kadang-kala hujan rintik-rintik. Tapi pastikan poket tebal sebab makanan dan minuman tidak dibenarkan bawa masuk. Makanan dan minuman juga amat mahal tapi kena beli la juga sebab lapar selepas penat bermain.


***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: