6 Jan 2018

Hari Pertama Humaira Ke Sekolah

Pada 2.1.2018 bermulalah status Kakak Humaira sebagai pelajar sekolah. Dua sesi persekolahan yang kakak akan hadapi tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.
Pada sesi pagi, kakak akan ke sekolah KAFA di sekolah Agama Rakyat Al Muttaqin dan sebelah petangnya kakak akan ke Sekolah Kebangsaan Jelapang.

Seperti kebiasaan, ibubapa akan menemani anak-anak ke sekolah terutama yang baru masuk darjah 1. Mak abah pun tak ketinggalan juga untuk menemani kakak. Tak seperti Abang Amin dulu semasa di SKSS1 Kuala Terengganu yang sekolahnya mesra ibubapa yang boleh temankan anak darjah satu, sekolah ini tak benarkan ibubapa temankan anak-anak atas alasan keselamatan dan nak bagi anak berdikari.

Walaupun cara berbeza dan tak boleh buat seperti abang Amin, hari pertama mak dan abah temankan kakak walaupun hanya dibenarkan dalam jarak jauh.

Permulaan persekolahan adalah taklimat kepada pelajar dan ibubapa di dewan. Kakak nampaknya cuba menyesuaikan diri. Kakak ditempatkan dalam kelas 1 Teratai dan cikgu kelas adalah Cikgu Siti Azhana. Terdapat kira-kira 37 orang pelajar dalam satu kelas. Selepas taklimat, barulah masuk ke kelas dan kakak kini pelajar sekolah secara rasmi.

Hari kedua, abah memantau kakak ke sekolah dari jarak jauh dan kakak tak tau abah sedang memantau. Tapi terkantoi juga, tajam pandangan mata kakak. Nampaknya kakak dah dapat menyesuaikan diri. Dah dah ada beberapa orang kawan sentiasa bersama kakak. Lega mak abah melihatnya. Hari ketiga mak abah dah mula bekerja.

SELAMAT BELAJAR KAKAK. BELAJAR RAJIN-RAJIN.




Baca Hari Pertama Amin Ke Sekolah (klik sini)

Tiada ulasan: