Sebenarnya Fiesta ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Negeri Selangor dan penglibatan adalah terbuka kepada semua tak kira samaada warga kesihatan atau tidak. Kesempatan inilah yang diambil oleh RIS-FAMILI untuk turut memeriahkan majlis ini. Jika tidak, hanya mak sahaja yang boleh berfiesta join. Seperti biasalah, peserta perlu mendaftarkan diri dan adalah goodies sebagai bukti penyertaan.
Majlis ini Mak yang teruja berjumpa dengan kawan-kawan sepejabat dari seluruh Malaysia tak melepaskan peluang
Selain pameran, ada juga aktiviti lain seperti aktiviti merwarna, main dam, persembahan pentas, aktiviti teka-teki dan aktiviti mengutip cenderahati di booth pameran. Banyak jugalah cenderahati yang abah kutip.
Walaupun banyak aktiviti sampingan dan suasana bising, Husna tetap juga berjaya tidur. Syukurlah ada bawa buggy, kalau tak penat juga nak mendukung sikecik ni.Inilah antara aktiviti sampingan yang dimaksudkan itu iaitu persembahan pentas dan berbaju merah pula adalah kumpulan dikir yang didatangkan khas dari Kelantan. Jangan tak percaya, kumpulan dikir ini ada album mereka sendiri dan album tersebut diedarkan semasa fiesta ini.
Walaupun agak kepenatan dari pagi ke petang berfiesta namun RIS-FAMILI tak melepaskan peluang untuk ke Kompleks PKNS yang berada bersebelahan untuk widows shopping pula selepas itu. Alang-alang dah penat, biar penat habis-habisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan