6 Mac 2014

GEMPITA SAVANA | Part 1

      Hari Khamis adalah separuh hari waktu pejabat jadi Mak dan Abah ambil Amin sedikit awal. Disebabkan tiada apa-apa aktiviti luar di sepanjang petang Khamis maklumlah cuaca sekarang ni panas dan kering jadi Amin pun melukislah komik. Tak pasti sama ada komik ini idea asli Amin atau disadur dari mana-mana komik. Tak kisahlah janji Amin tak buat benda yang bukan-bukan.

      Tanpa berlengah masa, mari kita sama-sama meghayati komik hasil nukilan Amin. Tajuknya gempak la jugak iaitu " Gempita Savana"











      Tengah syok-syok membaca, bersambung la pulak. Kita tunggu samada Amin nak buat sambungan cerita ni tak. Kalau ada nanti bolehlah di upload lagi.

      Sebenarnya ini komik yang kedua Amin. Yang pertama dahulu tak terfikir pula nak di abadikan dalam online diari ini. Entahlah dah simpan kat mana. Nantilah bila jumpa nanti, bolehlah di upload dalam online diari ini. Manalah tau nanti dia dah besar, bolehlah dia tengok semula. Mesti tersenyum sendiri, tak pun berbangga sebab dah ada karya sendiri sejak kecil lagi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails