Awal bulan Mac baru- baru ni, Ris Famili jalan- jalan ke Kelantan, since ada cuti Pertabalan Sultan Terengganu pada hari Khamis. So dapatlah cuti weekend 3 hari.
Sebab Ris Famili tak berapa pandai selok belok jalan di KB ni, jadi kami decided stay kat Hotel Grand Riverview yang terletak di tengah bandar KB.
Tambahan lak, hotel ni ada promosi. Untuk bilik deluxe biasa, harga promosi telah diturunkan sebanyak RM75. Penginapan termasuk breakfast. Promotion end hujung April.
Dah check in, Amin apalagi, terus bergolek atas katil.
Penat ni duduk dalam keta for 3 hours from KT.
Rehat dulu, petang nanti kita jalan- jalan ya.
Misi Ris Famili yang pertama adalah Pantai Cahaya Bulan,
atau dulu dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi.
Pantai ni ramai yang datang melepak makan- makan.
Ris Famili rasa pantai ni OK untuk dikunjungi cuma kureng bersih sikit.
Esoknya, setelah mendapat rehat yang cukup,
Amin begitu bersemangat waja keluar bilik hotel nak pergi jalan- jalan.
Rileks la Amin, kita makanlah dulu.
Food kat hotel ni pun OK. Menepati citarasa Ris Famili.
Misi hari ni adalah ke Rantau Panjang--- kompleks bebas cukai!!! Mak Aminlah yang paling suka dapat bershopping kat sini.
Sesungguhnya mak Amin rambang mata tengok kerongsang kat sini. Sangat murah, murah, murah...
Mr. Hubby berkenan betul dengan bangunan kat Rantau Panjang nih. Errrr, nampak macam tokong Siam lah abah...
Sebenarnya ini bukan Tokong Siamlah...
Ini masjid di Rantau Panjang dengan rekabentuk Siam,
cetusan idea Tok Guru Nik Aziz.
3rd day-- iaitu hari terakhir Ris Famili di Kelantan.
Kami terjah Pasar Siti Khadijah!!!
Dah kul 12, Ris Famili check out!
Memang bestlah ke Kelantan nih. Bermacam- macam shopping complex kami pergi, tapi tak payah upload gambarlah ya, shopping complex memana pun sama je. Wakaf Cek Yeh je yang kami missed tak pergi.
Tak apa, nanti Ris Famili akan pergi lagi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan