09 Oktober 2018

Petronas Street Smart @ Mydin Meru Raya


Pada 7 Oktober 2018 lalu, RIS-FAMILI mengambil kesempatan untuk mengunjungi Petronas Street Smart yang diadakan di Mydin Meru Raya.



Ini adalah kali kedua RIS-FAMILI mengunjungi pameran Petronas Street Smart. Yg pertama adalah semasa tinggal di Kuala Terengganu. Masa tu Street Smart diadakan di Perpustakaan Negeri Terengganu. Kali ni pula diadakan di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh.



Terbuka kepada semua dan tiada bayaran dikenakan. Ingatkan hanya untuk kanak-kanak sbb gegantung promosi gambar kanak-kanak. Aktiviti yang ada semuanya gamas bertemakan keselamatan jalanraya. Amin, Ira dan Una begitu cekap menunggang motosikal dan memandu kereta walaupun tak pernah memandu.



Memandangkan RIS-FAMILI pergi waktu pagi, tak la ramai pengunjung. Jadi dapat cuba semua aktiviti berulang kali. Abah pun tak melepaskan peluang tumpang sekaki.
Pertunjukan bertemakan keselamatan jalan raya juga diadakan dan RIS-FAMILI pun sempat join persembahan tersebut. Sesiapa yg dapat jawab soalan akan dapat hadiah dinasour. Selain tu semua yg masuk akan dapat lencana street smart dan belon (untuk kanak-kanak).
Berbaloi lah. Mungkin RIS-FAMILI pergi lagi sebab pameran ni lambat lagi nak habis. Rasanya Februari 2019 baru tamat.

Mai sama-sama ke Petronas Stree Smart.

#Inilah dinosaur yg dapat. Jadilah sbb tak keluarkan duit pun. Barang dapat, ilmu pun dapat.


***********ADVERTISEMENT***********

18 September 2018

Semakan Penerima Darjah Kebesaran

Sebelum ni kecoh tentang orang yang mengaku datuk atau seumpamanya. Tapi rupanya kita boleh semak samaada orang yang guna datuk (atau seumpanya) betul-betul dapat anugerah tersebut.
Caranya dengan pergi ke laman web bahagian istiadat di 
Saya rasa info yang ada ni boleh diterima pakai sebab yang uruskan laman web ni adalah dari bahagian istiadat. Bukannya dari organisasi yang diragui maklumatnya.
Tapi mungkin ada maklumat yang tiada disebabkan belum dikemaskini.

Penafian : RIS-FAMILI tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.



***********ADVERTISEMENT***********

06 Ogos 2018

Kitar Semula | Play House

Projek kali ini menggunakan rak simpanan bekas rempah. Rak ini dah lama tersadai dalam stor. Tak pernah digunakan sejak berpindah dari Terengganu. Daripada tersimpan je, jadi mak pun memulakan projek kitar semula supaya rak ini bermanfaat.
      Jadi mak pun mencari bahan-bahan lain untuk menjalankan projek kitar semula. Antara bahan yg digunakan selain rak rempah adalah kertas bercorak, kain perca, mainan lama.

      Jeng jeng jeng.....
Inilah hasilnya. Rumah mainan atau lebih komersil dipanggil playhouse.
      Cantiknya... sekali imbas macam beli kat kedai. Tapi ni versi jimat punya. Sampaikan kakak pun tak sempat nak mandi selepas balik sekolah.
      Mandi dulu ye sayang. Nanti main lagi.


***********ADVERTISEMENT***********