Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

18 November 2019

Majlis Apresiasi Pelajar Sekolah Kebangsaan Jelapang 2019

Tarikh : 14 November 2019
Lokasi : Casuarina Convention Centre, Meru, Ipoh
Masa  : 8.00 pagi - 10 pagi (Sesi 1)

      Tahun ini tiada majlis Anugerah Kecemerlangan seperti tahun-tahun sebelum ini kerana tiada lagi peperiksaan untuk menilai pencapaian kedudukan pelajar dan pencapaian pelajaran terbaik. Kali ini anugerah diberikan kepada pelajar-pelajar yang mencapai tahap minimum.
      Bagi kelas kakak, kesemuanya menaiki pentas kerana semua telah melepasi tahap minimum yang ditetapkan.
      Disebabkan ramai yang menerima kali ini, masa majlis diadakan sebanyak 3 sesi. Kakak diletakkan pada sesi 1 iaitu dari pukul 8.00 pagi sehingga 10 pagi.




 


Video Kakak Ira Terima Anugerah

18 November 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan SRAR Al-Muttaqin, Meru.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah  Rendah Agama Rakyat Al-Muttaqin, Meru, Ipoh (Kelas KAFA)
Tarikh : 18 November 2018.
Tempat : Madrasah Al-Muttaqin.

Pencapaian Amin








Pencapaian Humaira Soleha


Abang Amin juga terpilih untuk membaca doa dan membuat persembahan nasyid pada majlis ini.

Antara anugerah yang diterima, anugerah ini yang mengejutkan.
Jika di Sekolah Kebangsaan Amin terpilih sebagai Tokoh Kanak-kanak, kali ini di SRAR AL-Muttaqin pula terpilih sebagai Murid Contoh. Alhamdulillah.



TAHNIAH ABANG AMIN & KAKAK IRA.

***********ADVERTISEMENT***********

24 Jun 2017

Salam Aidilfitri dari RIS-FAMILI

Salam Aidilfitri.
Semoga amalan kita diterima.
Didoakan semua sentiasa dirahmati dan diberkati.
Maaf dipinta kiranya ada salah dan silap.


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H

26 Mei 2017

Salam Ramadan

RIS-FAMILI mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat mnjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Mohon maaf di atas segala salah dan silap. Semoga ibadah kita semua diterima Allah, Insha Allah. Marhaban Ya Ramadan..Ramadan kareem..

04 Oktober 2016

Happy Birthday Amin dan Husna


Sambutan hari jadi Amin dan Husna yang ke sepuluh dibuat awal beberapa hari kerana sambutan kelahiran digabungkan besama sepupu mereka yang tarikhnya hampir sama.
Seperti yang dimaklumkan pada pos sebelum ini, ulangtahun kelahiran Amin hanya berbeza satu hari sahaja. Amin lahir pada 4.10 manakala adiknya Husna pula lahir pada 5.10 jadi bolehlah sambut bersama-sama. Kebetulan awal Oktober baru-baru ni sepupu diorang pun ada, jadi sambutlah sekali sebab sepupu mereka baru je cukup setahun.
Nak tau yang mana satu sepupu diaorang? Yg sedang didukung tu la. Nama dia Hamzah. Sambutan dibuat secara mengejut je, tak rancang pun. Sedang ronda-ronda dan masa dah nak balik rumah, terjumpa kedai kek. Terus gi kedai kek beli kek yg dah siap. Sampai rumah terus ngap.
Harapan mak dan Abah semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan. Membesar sebagai insan yang berguna kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

09 Ogos 2016

Kad Raya Pertama Humaira


Bulan puasa baru-baru ini, Humaira ternampak kad raya yang cute. Jadi dia memilih sekeping kad yang ada gambar tweety.


Humaira gigih menulis mengikut imaginasi dia sendiri.


Inilah hasil nukilan kad raya pertama dari Humaira.


***********ADVERTISEMENT***********

31 Disember 2015

SALAM 2016

      Tahun 2015 berakhir pada Khamis dan mulai Jumaat kita akan melangkah ke Tahun 2016. Tahun 2015 meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan dan akan terus dibawa ke tahun 2016. RIS-FAMILI berharap tahun 2016 akan bertambah baik dari tahun-tahun lalu.
Sumber Gambar Klik Sini
SALAM 2016 KEPADA SEMUA

16 Julai 2015

Salam Aidilfitri dari RIS-FAMILI

      Selamat menyambut hari lebaran. Maaf Zahir Batin dari RIS-FAMILI untuk semua pembaca blog ini. Tahun ini RIS-FAMILI beraya di Perak setelah Aidiladha lalu RIS-FAMILI beraya di Terengganu kerana meyambut kedatangan 'Baby Aidiladha' (klik utk baca).
Gambar recycle tahun lalu kerana tidak ada gambar berlima yang sesuai untuk dijadikan gambar kad ucapan.

18 Jun 2015

Selamat Berpuasa | Niat Berpuasa & Berbuka

      Bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam telah tiba. Kabarnya kali ini seluruh dunia akan mula berpuasa pada hari yang sama iaitu 18 Jun 2015. Kalau tiap-tiap tahun selama 6 tahun sebelum ini RIS-FAMILI akan balik 30 minit lebih awal pada bulan ramadan, namun tahun ni kena balik seperti biasa. Sebabnya..... JPA dah keluarkan pekeliling tak bagi balik awal masa bekerja sepanjang ramadan. Tapi yang bekerja di bawah kerajaan negeri dan sesetengah swasta boleh balik 30 minit lebih awal.
      Dikesempatan ini, RIS-FAMILI ingin mengucapakan selamat berpuasa kepada semua pembaca dan maaf zahir batin. Jom kita ulangkaji semula Niat Puasa dan Bersahur. Maklumlah setahun hanya sekali (sebulan) bulan ramadan datang menyapa.

06 Oktober 2014

Baby Aidiladha

Gambar hari pertama di hospital

Syukur Alhamdulillah kerana RIS-FAMILI menerima seorang lagi ahli keluarga baru sempena Aidiladha tahun ini. Tarikh 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435 merupakan tarikh yang akan diingati. Dan bertambah menarik tarikh tersebut adalah sehari selepas tarikh lahir abangnya iaitu Amin. Baru sahaja menyambut ulangtahun abangnya sehari sebelum itu (klik utk baca). Entri kelahiran Humaira pula ada 4 episod (klik utk baca episod 1) Kelahiran baby di pagi hari yang penuh barokah/berkat ini moga-moga membawa rahmat di dunia dan akhirat.
*Semasa entri ini ditulis, nama belum diberikan lagi kepada baby yang comel ini.

04 Oktober 2014

Ulangtahun Kelahiran Amin | 8 Tahun

Hari ini semasa entri ini ditulis iaitu 4 Oktober 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran Amin yang ke 8. Dan hari ini juga adalah hari wukuf di Mekah dan sehari sebelum menyambut perayaan Aidiladha di Malaysia. Semoga hari yang penuh barokah / berkat ini membawa kebaikan kepada birthday boy dan RIS-FAMILI sekeluarga.

Sambutan ulangtahun kali ini adalah seperti tahun-tahun sebelumnya. Disambut secara kecil-kecilan tetapi amat meriah. Menghimpunkan semua ahli RIS-FAMILI dan majlis berlangsung di kediaman RIS-FAMILI bagi menjimatkan kos memandangkan harga minyak baru dinaikkan 2 hari lalu.

Bagi yang tak berkesempatan untuk turut serta, disini dikongsikan gambar-gambar yang diambil semasa majlis tersebut. Marilah sama-sama berkongsi kemeriahan.
Birthday boy bergambar dulu

Abah, saya pun nak bergambar dengan Abang Amin.

Ehhh... mak pun nak bergambar bersama

Selfie lah dulu. Baru leh bergambar sefamili

Yaaa... acara potong kek bermula

Jom makan. Mmmmm sedapnya.
Antara hadiah yang diterima - Buku, alatulis, baju dan permainan. Terima kasih semua. Baju yang dihadiahkan ini adalah baju edisi terhad dan tak ada dijual sebab hanya melalui 'reedem' sempena bolasepak piala dunia. Buku pula merupakan teman setia Amin sejak dari kecil lagi jadi memang sukalah Amin dapat hadiah buku. Permainan pula kesukaan Amin dan Humaira, mana ada kanak-kanak tak suka permainan kan. Humaira pun boleh tumpang main sekali.


Harapan mak dan abah, semoga Amin berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh dan berguna kepada negara, masyarakat, dan keluarga.

20 Mei 2014

Selamat Hari Guru | Taska Rossa

      Humaira juga tak mahu melepaskan peluang untuk menyambut hari guru. Sambutan hari guru untuk Taska Humaira adalah pada 21 Mei 2014 iaitu 4 hari selepas hari guru sekolah Amin. Walaupun taska, pengasuh humaira boleh juga dipanggil guru kerana mereka juga mengajar baby dan kanak-kanak yang berada di Taska Rossa.
      Hadiah yang Humaira bagi kepada pengasuh adalah sama sepertmana yang Amin bagi kepada Cikgu sekolah. Bagi mak dan abah, tiada perbezaan antara cikgu di sekolah dan pengasuh di taska. Kedua-duanya bertugas untuk mengajar, hanya caranya sahaja berbeza kerana pelajar berbeza umur.
      Inilah hadiah yang Humaira bagi kepada pengasuh, kalau lihat entri sebelum ini iaitu entri hari guru utk Amin (klik sini) didapati hadiah adalah sama. Hanya label sahaja berbeza pada nama.
SELAMAT HARI GURU

18 Mei 2014

Selamat Hari Guru | SKSS1

      Pada 18 Mei 2014 sekolah Amin mengadakan sambutan Hari Guru. Bagi menggembirakan Amin, mak dan abah telah menyediakan hadiah untuk Amin berikan kepada guru yang mengajar Amin pada tahun ini. Hadiah ni sebagai motivasi Amin supaya rajin belajar dan seronok untuk ke sekolah.

      Ni la hadiah yang akan berikan kepada cikgunya. Walaupun tak mahal (tak sampai RM100* utk setiap cikgu), namun yang penting Amin ikhlas nak bagi kepada cikgu yang mengajarnya. Sambil Amin bagi hadiah, dapatlah Amin ucap selamat hari guru secara personal dengan cikgunya.

      Dikesempatan ini juga RIS-FAMILI ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua-semua guru yang membaca blog ini.

*Saja je letak nilai ni supaya nampak macam mahal.

Klik sini untuk entry Hari Guru Taska Rossa

15 November 2013

Majlis Anugerah Cemerlang | SKSS1

      Pada 12 November 2013 lalu berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang 2013 bagi Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman. Mak dan Abah tak melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan majlis tersebut. Ini disebabkan Amin akan menerima Anugerah dalam majlis tersebut. Amin terpilih untuk menerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi kelas 1 Aktif. Alhamdulillah, teruskan kecemerlanganmu untuk masa-masa mendatang.
      Ini merupakan pengalaman pertama mak melihat Amin menerima anugerah kerana ketika Amin terima anugerah pelajar terbaik dan qari terbaik tahun 2012 bagi Tadika Rossa, mak tidak turut serta kerana menjaga Humaira di rumah.
      Menurut guru kelas Amin, penilaian dan pemilihan pelajar dibuat berdasarkan prestasi sepanjang tahun kerana tiada peperiksaan khas dijalankan sepertimana dulu. Menariknya majlis kali ini dirasmikan oleh bapa kepada rakan sekelas Amin iaitu CEO SATU. Selain anugerah Akademik, anugerah kokurikulum juga turut diberikan.
      Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan teruskan usaha tanpa jemu.