3 Dis 2016

Humaira @ Genius Aulad Little Ihtifal 2016

      Pada 26.11.16 lalu, Taska Genius Aulad Meru Raya mengadakan majlis graduasi untuk murid-murid 6 tahun. Majlis ini dikenali Little Ihtifal Showcase. selain Genius Aulad Meru Raya, Genius Aulad Seri Iskandar juga turut serta.
      Majlis ini berlangsung di Auditorium RTM, Ipoh. Humaira terlibat juga dalam majlis ini namun bukan sebagai pelajar graduasi tapi dia membuat persembahan.
     Mak, abah, abang Amin dan adik Husna tak melepaskan peluang untuk melihat persembahan dari Humaira dan kawan-kawan. Jon kita tengok gambar persembahan tersebut.






30 Nov 2016

Husna Jadi Bomba

30.11.16 iaitu pada hari post ni ditulis, Taska Genius Jannah, Ipoh membuat lawatan ke pejabat Jabatan Bomba Perak di Meru Raya. Antara pesertanya sudah tentunya Husna.
Seronok tengok semuanya comel-comel belaka. Antara aktiviti yang menarik tentunya peluang memakai pakaian seragam bomba. Dari comel bertukar kepada super kiut bila semuanya berpakaian bomba.
Mungkin tak biasa dengan bomba atau saja-saja nak bermanja dengan ticer, Husna tak mahu dibiarkan kesorangan. Nak suruh ticer dukung. Penat ticer kena dukung.
Pada pandangan RIS-FAMILI, aktiviti sebegini memang bagus bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan perlu diteruskan lagi. Taska Genius Jannah memang best. 

Sumber gambar : FB Taska Genius Jannah


***********ADVERTISEMENT***********

4 Okt 2016

Happy Birthday Amin dan Husna


Sambutan hari jadi Amin dan Husna yang ke sepuluh dibuat awal beberapa hari kerana sambutan kelahiran digabungkan besama sepupu mereka yang tarikhnya hampir sama.
Seperti yang dimaklumkan pada pos sebelum ini, ulangtahun kelahiran Amin hanya berbeza satu hari sahaja. Amin lahir pada 4.10 manakala adiknya Husna pula lahir pada 5.10 jadi bolehlah sambut bersama-sama. Kebetulan awal Oktober baru-baru ni sepupu diorang pun ada, jadi sambutlah sekali sebab sepupu mereka baru je cukup setahun.
Nak tau yang mana satu sepupu diaorang? Yg sedang didukung tu la. Nama dia Hamzah. Sambutan dibuat secara mengejut je, tak rancang pun. Sedang ronda-ronda dan masa dah nak balik rumah, terjumpa kedai kek. Terus gi kedai kek beli kek yg dah siap. Sampai rumah terus ngap.
Harapan mak dan Abah semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan. Membesar sebagai insan yang berguna kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

9 Ogo 2016

Kad Raya Pertama Humaira


Bulan puasa baru-baru ini, Humaira ternampak kad raya yang cute. Jadi dia memilih sekeping kad yang ada gambar tweety.


Humaira gigih menulis mengikut imaginasi dia sendiri.


Inilah hasil nukilan kad raya pertama dari Humaira.


***********ADVERTISEMENT***********

28 Mei 2016

Jom Solat


 Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni saya nak ajak kawan-kawan solat bersama-sama saya. Mari la.

 

      Si kakak dah tau bacaan dalam solat. Setiap kali solat setiap bacaan dalam solat dibacakan dengan nyaring kerana di tadika memang setiap kali solat, bacaan dibaca kuat beramai-ramai.
      Si adik pula setiap kali tengok kakak pakai telekung, mulalah nak join sekali pakai telekung walaupun hanya ikut solat pada rakaat awal je. Lepas tu main atau jalan sana-sini.
      Semoga semua anak-anak abah dan mak membesar dengan baik dan menjadi insan yang soleh dan solehah. Aamiin...


***********ADVERTISEMENT***********

15 Apr 2016

Flashback | Sepupu @ Zoo Taiping 2011

      Imbau kembali kenangan Amin bersama-sama sepupu Amin sebelah abah melawat Zoo Taiping pada 22 Disember 2011. Masa tu Humaira masih kecil jadi tak de dalam gambar ni. Ini merupakan minggu-minggu akhir sebelum Amin masuk darjah 1. Selain RIS-FAMILI sekeluarga, lawatan ini turut disertai oleh sepupu Amin iaitu Along Muhammad, Kak Ayu dan Kak Aya. Abah ditugaskan mengawasi Amin dan sepupunya dan mak menjaga Humaira yang ditolak dalam stroller. Antara gambar yang sempat dikongsi dan disimpan dalam blog ini.
Bergambar di Papan Tanda Zoo sebelum masuk
Aksi bersama haiwan
Ronda-ronda sampai penat
Sebelum balik, bermanja-manja dengan replika haiwan.

11 Mac 2016

Denggi | Fogging Time

Sekarang musim deman denggi dan kawasan rumah RIS-FAMILI adalah antara kawasan yang menjadi zon wabak denggi. Boleh dikatakan hampir setiap minggu fogging dibuat pada masa ini. Semasa wabak teruk, hampir setiap hari fogging dijalankan. Malah waktu entri ini ditulis pun fogging sedang dilaksanakan.
Antara tanda-tanda deman denggi adalah seperti yang ada dalam gambar di atas. Mungkin gambar tak jelas, ini antara tanda-tandanya - deman panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya/muntah, sakit biji mata dan ruam gatal.
Kebiasannya fogging kat kawasan rumah RIS-FAMILI dijalankan waktu petang. Pengumuman akan diberikan melalui kenderaan seperti di atas untuk pengetahuan semua. Adakalanya pengumuman meminta tutup pintu dan adakalanya meminta buka pintu. Jika diperlukan buka pintu, perlu menutup semua makanan dan seseorang perlu ada untuk menunggu rumah.
Bagi fogging yang mana tak perlu buka pintu, semua pintu sudah tentunya tak buka namun bau-bauan masih mencelah masuk.
Bagi fogging yang kena buka pintu, abah menunggu rumah manakala mak membawa yang lain pergi ke taman untuk bermain.
Hampir sejam jugalah nak bagi asap dan bau-bauan hilang dari dalam rumah. Selepas asap fogging dah berlalu, terasa licin minyak fogging di lantai terutama di bahagian pintu masuk kerana fogging dalam rumah hanya dibuat di pintu dan asap menebar ke seluruh pelusuk rumah.

Tak kisahlah bebau atau lantai berminyak, yang penting RIS-FAMILI sentiasa sihat dan bahagia.

24 Feb 2016

Tempat Penyimpanan Alatulis | Kitar Semula

Projek kitar semula kali ini diteruskan dengan menggunakan lebihan kotak yang telah digunakan untuk projek kitar semula akuarium ikan (klik sini untuk baca). Kalau akuarium menggunakan bahagian utama kotak iaitu bahagian bawah, projek kali ini menggunakan lebihan penutup kotak pula. RIS-FAMILI kitar 100% kotak kasut.

Jika projek akuarium ikan, Amin meminta idea dari abah maka projek kali ini pula Amin joint venture bersama-sama mak. Tambahan pula bahan-bahan sampingan akan menggunakan bahan kitar semula dari dapur.
 Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah penutup kotak kasut, gam, gunting, kertas pembalut, tali reben dan barangan hiasan. Yang penting sekali adalah bekas/botol yang tidak lagi digunakan. Mak menggunakan botol susu Husna semasa kecil yang tidak lagi digunakan. Juga bekas jem kacang yang telah dicuci.
 Caranya mudah dan mengikut kreativiti sendiri. Mula-mula potong kertas pembalut mengikut saiz penutup kotak. Gamkan kertas tersebut kesemua bahagian kotak tersebut. Kemudian tebuk lubang pada bahagian atas dan letakkan tali reben mengikut panjang yang dikehendaki.
 Tampalkan hiasan yang ada. Untuk projek ini, manik-manik berwarna merah menjadi pilihan. Selain menjadi hiasan, manik-manik ini juga berfungsi sebagai penahan untuk mengelakkan bekas dari tergelincir terkeluar dari tempatnya.
 Akhir sekali letakkan bekas/botol ke dalan penutup kotak tersebut. Isikan alat tulis yang ada.
Tempat penyimpanan ini boleh digantung di dinding semasa tidak digunakan dan diletakkan di di meja semasa menggunakannya, Barulah nampak kemas.

SELAMAT MENCUBA


***********ADVERTISEMENT***********

15 Feb 2016

Happy Birthday | Flashback Birthday Humaira @ 4 Tahun


 Imbas kembali gambar 2015 lalu kerana terlupa nak update pada Februari lalu. Jadi walaupun dah terlambat setahun, kena update juga sebab ini kan online diary.
Sambutan birthday ke 4 juga dibuat disekolah sebab hari birthday jatuh pada hari sekolah. Lagipun kawan-kawan ramai untuk sama-sama meraikannya di sekolah. Sambut dengan kawan lebih meriah dan kawan-kawan pun boleh tumpang makan kek.
Ini masa Humaira dikelilingi oleh boyfriend-boyfriend yang sekelas dengan Humaira. Nampak diorang dah tak sabar nak makan kek birthday Humaira.
Ini pula kawan-kawan perempuan yang sekelas dengan Humaira. Comel-comel semuanya terutama sekali yang menyambut birthday.
Cikgu kelas Humaira pun nak bergambar bersama birthday girl. Sambil bergambar bolehlah cikgu bagi hadiah. Besarnya hadiah tu.
Salah satu agenda sambutan birthday adalah makan kek. Mmmm sedapnya kek coklat ni. Tapi tak sempat nak ajak akak-akak dan abang-abang semua sebab kawan Humaira dah makan kesemuanya.

12 Feb 2016

Happy Birthday | Humaira Kini 5 Tahun

Pada 11 Februari 2016 lalu adalah hari ulangtahun kelahiran Humaira yang ke 5. Jadi mak dan abah telah menempah kek untuk majlis hari dan tahun ini sambutan hari jadi di buat di Tadika. Kek di atas adalah kek pilihan Humaira sendiri. Masih ada aura Frozen lagi walaupun dah lama cerita tu.
Inilah kawan-kawan Humaira di tadika. Disebabkan cuti sekolah (cuti tadika juga) selama seminggu sempena Cuti Raya Cina, hanya seramai ini saja kawan-kawan satu kelas dengan Humaira di tadika.
Humaira bersama salah seorang kawan baik di tadika. Nama kawan Humaira ini adalah Khalisa. Kebetulan dia pun pakai baju gambar Frozen.
Ini pula cikgu kelas Humaira dan dikenali sebagai Teacher Mira. Teacher Mira memberi hadiah birthday sempena birthday Humaira. Terima kasih teacher.
Sebelum hadiah dibuka dan kek dipotong, Humira bergambar dulu. Seperti biasa, banyak cerita yang diberitahu selepas Humaira balik ke rumah. Suka mak dan abah tengok Humaira gembira sambut birthday. Semoga Humaira membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam kehidupan.